in

Dihina, Diseret, Dipaksa Cium Bendera, Ini Layanan Yang Diberikan Tentera Isra*l Kepada Greta Thunberg

5gt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa aktivis antarabangsa yang dibebaskan selepas ditahan Israel mendakwa aktivis terkenal, Greta Thunberg, diperlakukan secara kasar oleh pasukan keselamatan rejim Zionis ketika dalam tahanan.

Screenshot 2025 10 05 at 11.45.55 AM

Wartawan Turkiye, Ersin Celik, yang turut menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, mendakwa beliau menyaksikan sendiri Greta diseret di atas tanah dan dipaksa mencium bendera Israel. Dakwaan itu mencetuskan kemarahan pelbagai pihak antarabangsa yang menuntut siasatan segera terhadap layanan tidak berperikemanusiaan tersebut.


Menurut laporan Sinar Harian, seramai 137 aktivis yang diusir dari Israel mendarat di Istanbul pada Sabtu, termasuk 36 warganegara Turkiye serta sukarelawan dari Malaysia, Amerika Syarikat, Itali, Kuwait, Switzerland, Tunisia, Libya, Jordan dan beberapa negara lain.

Aktivis Malaysia, Hazwani Helmi, turut mendakwa Greta dipaksa berjalan sambil dijulang dengan bendera Israel, dan turut menambah bahawa tahanan lain dinafikan makanan, air bersih dan rawatan perubatan sewajarnya.

Screenshot 2025 10 05 at 11.45.29 AM

Sukarelawan dari Amerika Syarikat, Windfield Beaver, serta wartawan Itali, Agostino, turut mengesahkan insiden itu dan mendakwa Greta dijadikan bahan propaganda Israel, malah dihina serta dipamerkan seperti trofi di hadapan tahanan lain.

Baca: “Kami dilayan seperti binatang” – Hazwani Helmi Dedah Pengalaman Dalam Tahanan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.