Termasuk hari ini, sudah sembilan hari kita berpuasa di bulan Ramadhan. Setelah seharian berpuasa, saat yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pastinya waktu berbuka puasa. Kalau di Malaysia, purata waktu berpuasa adalah 13.5 jam. Tapi jika di Amerika Syarikat, masyarakat Muslim di sana berpuasa hingga 18 jam lamanya.
Tapi apa yang sedihnya bila dah berjam-jam menahan lapar dan dahaga namun diberikan makanan yang haram pula bila tiba waktu berbuka. Menurut New Straits Times, inilah perkara yang terjadi di sebuah pusat tahanan di Anchorage, Alaska, Amerika Syarikat.
Banduan di Anchorage hanya diberikan makanan sebanyak 1,100 kalori sehari, satu jumlah yang sangat sedikit jika diberbanding dengan jumlah sebenar keperluan kalori lelaki normal iaitu 2,500 kalori.
Sudahlah kuantiti makanan yang diberikan sedikit, hidangan yang disediakan kepada banduan Muslim yang berpuasa pula mengandungi daging babi yang jelas-jelas diharamkan dalam Islam.
Council on American-Islamic Relations memaklumkan bahawa layanan yang diberikan kepada banduan-banduan Muslim itu adalah bertentangan dengan Religious Land Use and Institutionalised Persons Act dan melanggar hak perlindungan sama rata dan kebebasan beragama Pindaan Pertama dan ke-14.
Tuntutan mahkamah telah diambil menggesa hidangan seimbang disediakan kepada banduan, selain perubahan polisi, ganti rugi pampasan dan hukuman. Pusat tahanan tersebut masih belum memberikan sebarang ulasan berkenaan hal itu.
Kesiannyaaa.. Dah la lapar tak makan dari subuh sampai waktu maghrib, tiba-tiba diberi daging babi pulak. Tak berhati perut betul dorang ni!
NOTA: Gambar di atas hanya sekadar hiasan.
Baca: [VIDEO] “Sedap sangat!” – Wanita Berhijab Selamba Rakam Makan Daging Babi Tapi Sebenarnya…