in

Digelar Tak Tahu Malu & ‘Play Victim’, Mira Akui Mental Sangat Penat

Ft Mira Akui Penat Mental

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Amirah Aqilah atau lebih dikenali sebagai Mira telah menjadi bualan netizen setelah didakwa menjalin hubungan sulit bersama majikannya yang juga merupakan seorang TikTok influencer, View Chin.

Berikutan pendedahan berkenaan, ia telah menyebabkan Mira menerima kecaman ramai sehingga menyebabkan dia malu untuk pulang beraya di kampung halaman.


Bagaimanapun, dalam sebuah posting baru-baru ini yang dimuat naik ke akaun Instagramnya, Mira dilihat telah kembali bangkit dan bekerja seperti biasa.

https://www.instagram.com/p/Cru5EcsJCt4/

“Assalamualaikum semua, Ramai yang tanya Meera banyak kata-kata negative yang Meera dapat.”

“Meera ada silap Meera & Meera sedang perbetulkan silap Meera, kecaman, hinaan & cacian. Semua ni sebab diri yang pernah buat silap, Meera berubah untuk yang lebih baik.”

“Mental Meera sangat penat, doakan Meera ok, Meera cuba untuk bangkit balik. Meera doakan semoga urusan korang sentiasa dipermudahkan & mendapat rezeki yang melimpah ruah,” tulisnya.

https://www.instagram.com/p/CriFDJeJTJL/

Menerusi posting berkenaan, Mira akui segala kesilapan terdahulu dan difahamkan sedang belajar untuk mengubah dirinya ke arah yang lebih baik.

Selain itu, Mira turut akui dia sudah penat dengan cacian dan makian yang diterima serta dia meminta doa dari orang ramai agar dia dapat bangkit semula.

Namun, kemunculan semula Mira ke media sosial dengan semangat yang baru itu telah membuat ramai warganet bertindak mengkritik Mira serta mengatakan bahawa dia bermuka tebal dan tak tahu malu.

“Semoga Meera nampak sudut hikmahnya apa yang berlaku. Don’t give up!” – Netizen

Screenshot 2 2

Tinjauan ke ruangan komen, netizen telah meluahkan pelbagai reaksi antaranya, ada yang memberikan kata-kata semangat kepada Mira, tetapi masih ada lagi warganet yang mengkritik Mira di atas perbuatan lamanya.

Apa komen korang?

Sumber : Instagram (@amirahhfirdaus)

Baca : Ah Moi Dakwa Cerai Tak Sah, Bakal Ambil Tindakan Terhadap View Chin Dan Mira

Ah Moi Ambil Tindakan View Chin Mira 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.