Diganggu Secara Seksual Di Sekolah Memandu, Gadis Ini Minta Mangsa Lain Tampil Buat Report

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kes pencabulan atau gangguan seksual bukan suatu perkara remeh yang patut didiamkan atau dibiarkan sahaja.

Malah menurut The Malay Mail, sebanyak 50,658 laporan polis melibatkan kes rogol, pencabulan, seks luar tabie, sumbang mahram dan gangguan seksual dicatatkan antara tahun 2013 hingga bulan Mei 2018.

Diganggu oleh ‘Cikgu Rosli’

Pendedahan seorang gadis di media sosial mengejutkan ramai orang apabila dia mendakwa telah diganggu secara seksual oleh seorang tenaga pengajar di sebuah sekolah memandu.

Mangsa mendakwa, guru memandu yang digelar ‘Cikgu Rosli’ itu telah menyentuh beberapa bahagian tubuh badannya dalam tempoh 4 jam, 25 Februari lepas.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Mangsa mendakwa, dia tak melawan balik sebab dia bukan seorang pemandu yang mahir.

Jadi dia juga takut berlaku sebarang kemalangan sekiranya dia bertindak untuk melawan masa itu.

“I am not the only victim”

Mangsa yakin dia juga bukan satu-satunya mangsa ‘Cikgu Rosli’ yang didakwa juga merupakan seorang bekas penjawat awam.

Sumber: Twitter

Ini berdasarkan pengakuan mangsa-mangsa lain yang dikatakan telah menghubungi gadis ini.

Katanya, mereka turut diganggu oleh pengajar lain dari sekolah memandu yang sama.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

OMG!! Takkan nak biarkan orang macam ni terus mengajar!

“Ramai cikgu memandu lelaki buat macam ni”

Sementara tu, orang ramai kata benda macam ni memang selalu terjadi. Cuma mereka takut untuk membuat aduan.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Kalau ada antara anda yang menjadi mangsa gangguan seksual atau kes pencabulan, segera buat laporan polis!

Bayangkan kalau perkara ini berlaku kepada adik, kakak, sepupu atau ibu kita sendiri. Jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa.

Baca: Kena Gangguan Seksual & Ada Dirogol, Staff Dedahkan Suasana Toksik Kerja Di Stesen Radio Malaysia

 

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Suraya Roslan

Penggemar graphic tee dan sentiasa berangan-angan untuk mengelilingi dunia.