in

“Didapati duduk bersama di rumah sewa” – Gadis Hilang Sejak 31 Mei Ditemui, Teman Lelaki Ditahan Kerana Merogol

Ft Gadishilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gadis yang dilaporkan hilang pada 31 Mei lepas ketika keluar bermain papan luncur di taman berdekatan rumahnya telah berjaya ditemui. Pihak polis menemukan Nur Elida pagi tadi di rumah teman lelakinya di Padang Jawa, lapor Harian Metro.



Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata sebaik menerima laporan dibuat bapanya, Mohd Rushdan Mohamad Yusof, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam telah melancarkan operasi mengesan gadis itu di sekitar Shah Alam.

IPD Shah Alam melancarkan Ops Jejak bagi mengesan gadis terbabit dan kira-kira jam 4 pagi tadi, kita berjaya menemui remaja berumur 15 tahun itu di sebuah kondominium di Padang Jawa.”

Gadis itu ditemui dalam keadaan baik dan polis mendapati dia duduk bersama teman lelakinya di rumah sewa lelaki itu.”

Hilang

Kata Baharuddin, teman lelaki remaja itu yang berumur 19 tahun turut ditahan di lokasi yang sama dan kini direman untuk siasatan lanjut.

Dia disiasat atas kesalahan rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.”

Difahamkan, bapa Nur Elida telah membuat laporan sekali lagi hari ini mengatakan anaknya dirogol. Baru semalam, polis mengesahkan kehilangan seorang remaja perempuan dari Seksyen 7, Shah Alam selepas kisah itu ditularkan menerusi media sosial.

Baca: Kongsi Pengalaman Nyaris Diculik ‘Lelaki Kucing’, Polis Cari ‘Athirah’ Untuk Bantu Kes Hilang Sharlinie

Mana Sharlinie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.