Kontroversi yang melanda pelakon wanita bernama Ruhainies masih lagi menjadi bualan hangat di media sosial.
Terbaharu, pelakon berusia 32 tahun itu memuat naik satu hantaran di Instagram Story menunjukkan dirinya menikmati aiskrim daripada sebuah syarikat jenama coklat terkenal di Malaysia.
Dalam hantaran itu, Ruhainies turut menulis kapsyen seperti menyukai aiskrim itu serta tag akaun jenama berkenaan.
Artikel berkaitan: Turut Dikutuk Dalam Mesej Perbualan NRF & Aliff, Produk Kesihatan Tampil Bersuara
Artikel berkaitan: Takut Aib Sendiri Terbuka, Netizen Mohon Maaf Kerap Bergosip Tentang Ruhainies
Disebabkan hantaran itu, netizen mula membanjiri ruangan komen di akaun Instagram Godiva Malaysia.
Ada yang meminta penjelasan adakah jenama coklat itu melantik pelakon terbabit sebagai duta mereka.
Ada juga yang terus menyatakan mahu memboikot jenama terbabit kerana menganggap syarikat itu bekerjasama dengan pelakon kontroversi terbabit.
Nafi lantik selebriti tempatan jadi duta
Susulan itu, jenama aiskrim berkenaan terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak melantik mana-mana selebriti tempatan untuk mempromosikan produk keluaran mereka.
Perkongsian itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen, rata-rata merasakan jenama itu cepat bertindak untuk mengelakkan mereka terpalit dengan kontroversi yang sedang melanda pelakon berkenaan.
Sekadar info, nama Ruhainies dan Aliff Aziz sebelum ini hangat diperkatakan setelah kedua-dua selebriti itu ditangkap khalwat pada 9 Mac lalu.
Melihat kesan boikot yang berlaku sekarang ini, mungkin banyak syarikat sudah mengambil langkah berjaga-jaga.
Sumber: X