in

“Dia terima, dia ikhlas” – Rakan Dakwa Ira Kazar Reda, Tengah Terima Kifarah?

Ft Ira Kazar Kifarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dikatakan kini sedang reda dalam mengalami kifarah. Perkara itu didakwa oleh isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz dalam sesi live di TikTok baru-baru ini.

Biarpun Nur Nilam tidak menjelaskan sebarang perincian mengenai kifarah yang dialami oleh Ira Kazar, Nur Nilam hanya menjelaskan bahawa Ira kini sudah reda dan ikhlas atas ujian yang dilaluinya.


Artikel Berkaitan : Syamsul Yusof Bagi ‘Green Light’, Puteri Sarah Nekad Saman Bekas Kakak Ipar Ira Kazar

Artikel Berkaitan : Abang Tesla Bawa Isteri-isteri Pergi Umrah & Bercuti, Netizen Tegur Wajah Isteri No 2 Macam Ira Kazar

“Ira tengah mengalami kifarah sekarang, bukan? Dia pun dah reda, bersyukur dengan apa Allah beri kepada dia, dia terima, dia ikhlas. Insya-Allah. Kita doa yang baik-baik untuk dia juga.”

https://www.tiktok.com/@fathfariha/video/7284828505987108097?q=ira%20kazar%20kena%20kifarah&t=1696218722506

Dalam sesi live tersebut, dilihat Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, 28, khusyuk menelaah telefon bimbitnya di sisi Nur Nilam.

Malah, Ira kelihatan tidak memberikan sebarang reaksi terhadap luahan Nur Nilam dan hanya sesekali tersenyum. Dengan kenyataan yang diberikan Nur Nilam, ia telah mengundang tanda tanya netizen berkenaan dengan kifarah yang diperkatakan itu.

Malah ada juga netizen memberikan reaksi kurang senang melihat kemunculan Ira Kazar sehingga ada di kalangan netizen meminta dia untuk beredar dari siaran langsung itu, lapor Berita Harian.

Biarpun dihujani komen negatif, Ira dilihat tetap tenang dan tidak melenting, malah mampu tersenyum.

Sumber : TikTok, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.