in

“Dia sampai mengadu letih & sakit berdiri” -Tular Remaja Bertongkat Berdiri Lama Dalam Tren, Abang Kongsi Adik Mangsa Kemalangan

ft remaja berdiri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular satu video memperlihatkan seorang remaja perempuan bertongkat berdiri lama di dalam LRT tanpa ditawarkan tempat duduk. Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat suasana sunyi dan tempat duduk telah dipenuhi oleh penumpang yang sihat fizikalnya.

Rupa-rupanya remaja itu merupakan adik kepada pempengaruh dan TikToker penggunting rambut yang dikenali sebagai Faeez. Dia menyedari perkara itu selepas ramai netizen yang tag dirinya dan sekaligus menjawab segala pertikaian segelintir warganet.


Artikel berkaitan : “Zero empathy” – Tak Beri Tempat Duduk Kepada Individu Bertongkat, Netizen Persoal Sikap Penumpang MRT

Artikel berkaitan : Rakyat Jepun Jengkel Dengan Sikap Pelancong Asing, Stroller Anak Halang Laluan Dalam Tren

Ada je orang tengok tapi dia buat tak tahu

Kata Faez, dia akui bahawa remaja tersebut merupakan adiknya. Berdasarkan apa yang diceritakan, tiada sesiapa yang mempelawa untuk memberikan tempat duduk sedangkan ada sahaja penumpang yang melihatnya. Malangnya, mereka semua buat tak tahu.

“Saya fikir mungkin diaorang baru balik kerja penat, tapi ramai juga yang komen negatif.”

Pun begitu, Faez tidak menafikan bahawa ada sahaja segelintir pihak yang mempertikaikan adiknya dengan mempersoalkan kenapa adiknya tidak minta kepada penumpang tersebut.

“Dia macam ni tau, kalau dalam diri kita ini ada sifat ehsan atau common sense kita takkan cakap macam tu tau. Apa salahnya pelawa, dia sampai mengadu letih dan sakit tau berdiri. Tapi tak apa lah yang penting saya nak minta korang tolong jangan komen bukan-bukan, berilah kata-kata positif.”

@situkanggunting

RAMAI YANG TAG SAYA. Yaa ni adik saya. Dia bukan sahaja kaki je patah tau. Muka dia pun ada patah di tulang pipi, patah di rahang , dan retak bawah mata allahu aku tak snggup sbenarnyaa nk hadap ujian semua benda ni. Faez plk nk kawin dh bulan 12 ni jgk.

♬ suara asli – kosong – kosong

Lebih menyedihkan lagi, Faez mendedahkan bahawa dia dan adiknya baru sahaja kehilangan ibu pada 28 Oktober lepas akibat kemalangan. Dalam kejadian itu, dia bersama adik-beradiknya yang lain merupakan antara yang terlibat.

“Kemalangan hari itu 5 beranak, dah jadi anak yatim piatu dah kitaorang. Untuk adikku, angah janji angah akan kerja lebih keras untuk memenuhu kehendak apa yang adik nak lepas ni, minta je.”

“Angah susah seorang diri tak apa, jangan adik yang rasa susah, walaupun ma(ibu) pergi sebulan sebelum angah nak kahwin, angah tetap kena semangat dan kuat untuk adik-adik. Al-fatihah Khalijah Binti Awang, meninggal dunia 28/10/2025.”

Akibat kemalangan tersebut, Faez menjelaskan bahawa adiknya mengalami patah kaki, tulang pipi, rahang dan mengalami retak di bawah mata. Lebih menduga, Faez mengatakan Faez bakal berkahwin Disember ini tanpa ibu di sisi.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.