“Dia perli ke dia bodoh?” – Netizen Menyampah Dengan Cara Elfira Jawab Soalan Pasal Pregnancy Dekat Instagram

Kalau korang ada account Instagram mesti tahu kan pasal feature untuk followers kita tanya soalan dekat instastory tu? Ala orang selalu letak “Ask me anything” pastu boleh reply balik soalan tu dekat instastory juga.

Baru-baru ni, Elfira Loy ada buka ruang untuk peminat dan followers Instagram dia bertanyakan apa-apa soalan dekat dia. Lepas tu, ada satu soalan ni dari netizen yang tanya pasal pregnancy dia. Soalan tu berbunyi macam ni,

Hye El…Nak tanya sepanjang you pregnant,you ada mabuk mabuk tak? Dan macam mana you atasi?”

Sumber: Instagram

Bukan soalan tu yang dapat perhatian netizen tapi rupanya cara Elfira menjawab soalan berkenaan menjadi bualan dekat Twitter. Isu ni mula jadi kecoh sebab menurut ramai netizen dekat Twitter, cara Elfira jawab tu ibarat macam ‘kerek’ lah.

Sebab individu tu tanya berkenaan morning sickness tapi sebaliknya kata netizen Elfira jawab dengan cara yang sarcastic. Elfira jawab macam ni,

Sebelum pregnant pun memang El tak mabuk. Lagipun alcohol tak elok untuk baby.”

Sumber: Twitter

Jawapan Elfira ni pula merujuk kepada mabuk minum air arak bukan mabuk orang mengandung. So, kiranya netizen macam annoyed lah dan persoal balik kenapa Elfira tak boleh jawab elok-elok.

Sumber: Twitter

Ada yang cakap mungkin Elfira cuba nak buat lawak tapi netizen lain anggap lawak dia tak menjadi sebab jawapan nampak sarcastic dan annoying.

Sumber: Twitter

Dah takmau gaduh gaduh okay!

Baca: “Hantaran mahal, siang ikan tak reti…” – IG Story Elfira Loy Pasal Masak Jadi Perbalahan Netizen Dekat Twitter

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!