in

“Dia pendek, tapi suami nak tinggi” – Pakar Jelaskan Kenapa Wanita Nak Lelaki Tinggi Dan Sebaliknya

Collage 37

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita tengok orang cuba cari jodoh di media sosial, lebih-lebih lagi wanita, salah satu kriteria yang popular mesti nak lelaki yang tinggi dan kalau boleh dorang nak tinggi lelaki tu lebih dari 170cm walaupun hakikatnya purata ketinggian lelaki dekat Malaysia ni 169cm.

Bukan itu je, malah kalau korang aktif gunakan aplikasi dating pun mesti banyak perempuan letak dekat profile nak lelaki tinggi walaupun tinggi dorang beshe-beshe je. Sampaikan ada yang terus tak  bagi peluang pun dekat lelaki-lelaki yang rendah ni.


Fenomena ni bukan je berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia. Sebelum ni pernah tular satu post Reddit tentang seorang lelaki yang mendakwa tingginya 190cm telah dimarahi oleh wanita berketinggian 177cm kerana lelaki ini tak cukup tinggi untuknya.

Di TikTok dan YouTube pula, beberapa lelaki telah memuat naik video mengatakan walaupun tinggi dorang kurang dari 6 kaki, tak bermakna yang dorang ni seorang pasangan yang tidak romantik.

Tapi kenapa sebenarnya perempuan suka sangat dengan lelaki tinggi ni? Jom baca penjelasan pakar…

Kenapa perempuan suka lelaki tinggi

Joey King Keeps One Hand In Boyfriend Jacob Elordis Pocket 01

Menurut Avigail Lev, pakar terapi tingkah laku kognitif, perempuan heteroseksual biasanya lebih tertarik dengan lelaki tinggi kerana evolusi, biologi dan sebab sosial.

Ada banyak bukti bahawa perbezaan budaya mempengaruhi standard kecantikan. Model evolusi atau biologi akan mengatakan bahawa ketinggian dikaitkan dengan kesihatan dan kekuatan atau dari segi sosiologi, ia berkait dengan kekuatan, kekuasaan dan kebolehan untuk menyara keluarga dan menjadi kuat.”

Selain itu, peranan jantina dalam melakukan sesuatu perkara juga mungkin merupakan salah satu faktor kenapa wanita lebih suka lelaki yang tinggi.

Wanita yang lebih bergantung pada lelaki untuk duit dan tempat perlindungan biasanya tak memilih sangat tentang rupa bila mencari pasangan. Perkara ini boleh dilihat ketika zaman 1930-an dan 1950-an.

Lelaki lebih suka melihat rupa dari kerjaya wanita dan untuk wanita zaman dahulu, kerjaya bukanlah satu kepentingan untuk mereka.

Tapi sekarang, bila wanita dah mula mempunyai lebih banyak akses untuk berdikari dan boleh mencari wang sendiri, mereka jadi lebih memilih.”

Bagi wanita, masyarakat biasanya mengaitkan individu yang pendek dengan feminin, jadi ini juga mungkin menjadi sebab kenapa sesetengah wanita mahu lelaki yang tinggi.

Menurut Nicole Moore, seorang jurulatih yang pakar dalam bidang cinta dan perhubungan pula mengatakan, kebanyakan pelanggan wanitanya mengaitkan ketinggian dengan kekuatan dan keselamatan.

Kebanyakan pelanggan wanita saya, tak mengira ketinggian, rata-rata mereka mahu mereasakan pasangan mereka boleh melindungi mereka secara fizikal.”

Kebanyakan wanita juga yakin yang lelaki pendek dan kurus tak boleh melindungi mereka sehingga membuatkan mereka percaya, lelaki yang mereka pilih perlu menjadi lebih besar dari mereka.

Bukan tu je, Nicole juga pernah dengar yang wanita mahu bersama dengan lelaki yang lebih tinggi sebab dorang percaya ia akan buat mereka nampak lebih kecil sekiranya berat badan bertambah.

Namun begitu, keinginan untuk bersama dengan lelaki tinggi ni bukan hanya terhad kepada wanita yang pendek.

Apabila mencari jodoh, mereka mahu pasangan yang boleh buatkan mereka rasa kecil walaupun ketika memakai kasut tumit tinggi.

Disebabkan ini, wanita tinggi juga tertarik dengan lelaki yang lebih tinggi dari mereka.”

Kenapa lelaki suka perempuan pendek?

Tapi, bila difikirkan semula, lelaki juga lebih suka memilih pasangan yang lebih rendah dari mereka. Ini kerana, mereka juga mempunyai pemikiran yang sama.

Perbezaan ketinggian boleh mencipta dinamik yang kuat dalam sesuatu hubungan yang menjadi tarikan untuk pasangan yang lebih sukakan dinamik di mana wanita dilihat lebih lemah dari pasangannya.

Ada juga lelaki yang tinggi sukakan dinamik di mana mereka rasa didominasi oleh wanita pendek yang garang dan lantang.”

Pun begitu, ketinggian merupakan pilihan peribadi seseorang dan Nicole menasihatkan orang untuk meneliti ciri-ciri yang mereka mahukan dan kaji balik sama ada ia datang dari rasa rendah diri atau ideologi ketinggalan zaman.

Pakar nasihat untuk jadi lebih open minded

61F2D2A6792E7300116Be5D0

Pengasas aplikasi dating So Syncd, Jessica Alderson mengatakan, seseorang yang tertarik dengan ketinggian tertentu berhak untuk memilih namun begitu, orang yang lebih berfikiran terbuka akan mempunyai lebih banyak pilihan ketika mencari pasangan.

Jadi, Jessica menasihatkan supaya orang mula mencari pasangan berdasarkan keperibadian, nilai, dan perangai seseorang berbanding tarikan fizikal.

Korang mungkin terkejut bila korang jumpa seseorang yang tak menepati citarasa korang tapi sebenarnya merupakan pasangan yang sempurna.

“Tapi ini tak bermakna korang patut korbankan apa yang korang inginkan cuma cuba ingat bahawa tak salah untuk kenal dulu seseorang itu sebelum buat keputusan.”

Peguam penceraian, Laura Wasser pula mengingatkan, walaupun semua orang mempunyai pilihan mereka sendiri mengenai ketinggian ketika mencari pasangan, mereka juga perlu berwaspada.

Saya dah pernah tengok hubungan yang menepati semua ciri-ciri fizikal yang dicari akhirnya datang cari saya kerana hakikatnya, keserasian lebih penting dari tarikan fizikal.”

Lagi pun kita selalu dengar, kalau lelaki lebih pendek dari pasangannya, biasanya rezeki lebih murah. Janganlah memilih sangat ya…

Sumber: New York Post

 

Baca: Kajian Dedah Lelaki Malaysia Punyai Antara ‘Anu’ Terpendek Di Seluruh Dunia

Collage Penis.jpg 758X398 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.