• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Berita Sosial

“Dia nak gambar dgn anak kandung je” – Wanita Kena Kecam Sebab ‘Edit’ Buang Gambar Anak Tiri, Buat ‘Profile Pic’ di FB

by Sue Idris October 28, 2020, 5:31 pm

ShareTweet
Feat3 4

Seorang wanita dari Florida dikecam dan dilabel ‘tidak berhati perut’ serta ‘monster’ selepas meminta gambar keluarganya disunting semula.

Menurut Daily Mail, Natalie telah berkahwin dengan seorang duda yang mempunyai anak lelaki hasil daripada perkahwinan terdahulu. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki dan membuat keputusan untuk mengambil gambar profesional di studio selepas kehadiran anak keduanya.

Namun, dia kemudian meminta jurugambar untuk ‘buang’ gambar anak tirinya daripada foto tersebut. Bukan itu saja, dia juga secara terang-terangan telah meminta pertolongan itu dengan memuat naik gambar tersebut di satu grup Facebook.

Gambar2

Natalie telah menawarkan bayaran $10 (RM41.55) jika ada yang sudi berbuat sedemikian. Perbualannya dengan seorang individu kemudian menjadi tular di Twitter pada awal bulan ini dan ramai netizen yang memberi komen dengan mengkritiknya sebagai ibu tiri yang ‘jijik’ dan ‘tiada hati’.

Saya nak satu gambar yang hanya ada anak-anak (kandung) lelaki saya saja.”

Bagaimanapun, difahamkan kebanyakan ahli grup Facebook tersebut tidak suka dengan tindakan Natalie dan memberi respon emoji ‘sedih’ dan ‘marah’.

Gambar1

Tidak didedahkan siapa yang sunting gambar tersebut namun Natalie akhirnya dapat apa yang dia mahukan — buang gambar anak tirinya. Ianya terbukti apabila gambar profil Facebook Natalie menunjukkan gambarnya bersama suami dan dua anak kandungnya saja tanpa anak tirinya itu.

Gambar4

Ramai yang mengkritiknya dan berasa simpati dengan anak tirinya kerana mereka dapat bayangkan bagaimana layanan Natalie terhadapnya. Ada yang risau jika Natalie mendidik dua anak kandungnya untuk membenci abang tiri mereka.

Selain itu, ada juga yang tertanya-tanya tentang suami Natalie yang membenarkan dia berbuat sedemikian. Mereka juga persoal bagaimana suaminya bersetuju untuk berkahwin jika Natalie memberi layanan sebegitu terhadap anaknya itu.

“Kesian anak dia dan menyedihkan bapa dia benarkan wanita tersebut buat sebegitu terhadap anak lelakinya.”

“Macam mana suami dia masih boleh berkahwin dengannya sampai sekarang? Kalau saya nampak benda ini berlaku pada anak saya, saya akan pertahankan (anak).”

“Saya harap anak tiri dia tahu kami semua sayang dia. Saya harap dia membesar menjadi seseorang yang lebih bagus daripada wanita itu.”

“Sedihnya. Bila kamu berkahwin dengan seseorang, kamu berkahwin dengan keluarganya juga terutamanya anak-anak. Hati saya kecewa.”

Baca: “Tak berhati perut”- [Video] Ibu Tergamak Dera Anak Sendiri Sebab Ponteng Kelas Online, Siap Rakam Lagi!

Cc 12

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Terkini

  • Ft Eskalator

    “Bau je dah seram” – Orang Awam Gerun Tengok Eskalator Usang Di ‘Mall’ Kajang

  • Ft Pagar Besi

    “Tak, itu semua khabar angin” – Polis Sangkal Khabar Angin Pasang Pagar Besi Di Rumah Najib

  • Syaz Ft 2026 09 21T164729.922

    “Saya meminta sampai merengek-rengek” – Neelofa Buka Cerita Pengalaman Sukar Hamil Anak Ketiga

  • Jabatan Penjara Malaysia

    Jabatan Penjara Tampil Jawab Dakwaan Yasin Sulaiman Mengenai D*dah Dalam Penjara

  • Ft Jabatan Penjara Yasin

    Jabatan Penjara Sangkal Dakwaan Yasin Sulaiman, Wujud Sistem Kasta Dalam Kalangan Banduan

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • Image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

Siaran Akhbar

  • Lm Featured Image 900 X 550 Px 2160 X 1080 Px 1 1

    Akta Tahanan Rumah Bukan Untuk Semua, Ini Penjelasan Saifuddin Nasution

  • Lm Featured Image 900 X 550 Px 2160 X 1080 Px 6

    Baru Setahun Bekerja, Waris Dua Remaja Maut Nahas Jelapang-Ampang Layak Terima Faedah PERKESO

  • Lm Featured Image 900 X 550 Px 2160 X 1080 Px 5 1

    Festival Mega iLINDUNGu Tawar 2,000 Peluang Pekerjaan, RM1.5 Juta Sumbangan Lindungi 500 Pekerja Gig

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

Terkini

  • Najwa Latif Fizikal

    Pernah Dibenci Sejak Umur 16 Tahun, Najwa Latif Terharu Ramai Netizen ‘Back Up’ Isu Perubahan Fizikal

  • Ft Abby Zul

    “Saya yang tinggal sebab…” – Abby Abadi Respon Lepas Netizen Ungkit Masa Silam Dengan Zul Ariffin

  • Ft Abby

    “Ibu je ke yang kena jaga?” – Abby Abadi Bagi Respon Lepas Dilabel Tak Jaga Hati Anak

  • Syaz Ft 2026 09 18T115018.949

    “Pelakon lelaki bermaksiat dimaafkan, tapi…” – Haneesya Hanee Respon Hantaran Isu ‘Double Standard’ Industri Lakonan

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2026 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube