Selepas kecoh dengan kemelut rumah tangga mereka, PU Abu dan Ain ‘Afini Latif sah cerai talak dua kelmarin (15 Mei). Semalam, Ain buka mulut dan menceritakan bahawa PU Abu ada menghubunginya untuk cuba memperbaiki hubungan mereka berdua.
Menurut Utusan, Ain mengaku PU Abu memberitahu dia menyesal dengan perbuatannya dan mahu rujuk kembali sebagai suami isteri. Bagaimanapun, Ain dia masih belum bersedia kerana masih terluka dan belum boleh lupakan tekanan yang dialami.
Pada awal kes ini dibicarakan, saya terkejut apabila hakim putuskan hubungan suami isteri kami masih sah memandang saya tahu lafaz cerai yang dibuat itu memang dengan niat.”
Namun akur dengan keputusan itu sehinggalah ustaz (PU Abu) menghubungi saya dan minta datang semula ke mahkamah pada petang semalam.”
Ain juga bersyukur kerana kemelut ini telah berakhir dan dia terima dengan redha kerana yakin ada hikmah baik disebaliknya. Dia juga akui tidak mampu untuk kembali bersama dengan bekas suami.
Dua tiga hari sebelum ke mahkamah dia ada hubungi saya dan mengatakan kesal akan perbuatannya. Dia mahu kami rujuk kembali jika mahkamah memutuskan kami tercerai namun saya tidak boleh menerimanya.”
Saya tidak mahu lagi tekanan, keluarga juga bersetuju dengan keputusan saya ini.”
Lobak Merah doakan semoga Ain terus kuat dan dipermudahkan urusan bersalin bila tiba masanya nanti…