in

“Dia menjerit meminta tolong selepas terjatuh sebelum terus senyap” – Suami Mangsa Tertimbus

Ft Benam Timbus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suami kepada warga India yang terjatuh dan tertimbus ke dalam lubang benam berhampiran Masjid India, Kuala Lumpur hari ini menjelaskan bahawa mangsa sempat menjerit meminta tolong sebelum diam.

Bagaimanapun, Harian Metro melaporkan bahawa lelaki berusia 40-an itu agak keberatan utuk menceritakan lebih lanjut tentang kejadian itu selain daripada mempunyai kesukaran untuk berkomunikasi.


Artikel berkaitan : “Tertimbus dalam tanah” –  Pesawat Ringan Terhempas Di Kapar Ragut Dua Nyawa, Ini Kronologinya…

Artikel berkaitan : Masjid Berusia 120 Tahun Di India Muncul Semula Selepas 3 Dekad Tenggelam

“Dia (mangsa) menjerit meminta tolong selepas terjatuh sebelum terus senyap tidak lama kemudian.”

Setakat jam 3 petang, usaha mencari dan menyalamat (SAR) yang sudah memakan masa selama hampir 7 jam diteruskan menggunakan jengkaut bagi membesarkan lubang benam tersebut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya kini masih dalam proses untuk melengkapkan maklumat berkaitan kejadian itu dan sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu.

456411183 814642334207164 915540766240471396 N

“Kita juga akan merakam keterangan saksi bagi membantu siasatan, setakat ini saya tidak boleh komen lebih terperinci kerana ia masih dalam siasatan.”

“Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan anggota Bomba sedang giat melaksanakan kerja penyelamatan di lokasi kejadian.”

Menurutnya, setakat ini kawasan itu masih dianggap selamat bagaimanapun perbincangan lanjut akan diadakan bagi mempertimbangkan jika ada keperluan untuk menutup kawasan itu.

456661896 814642347540496 2929005334102695439 N

Tambahnya, seramai 35 anggota dan pegawai bomba, 14 kakitangan DBKL, 32 anggota polis, 5 Angkatan Pertahanan Awam dan 4 pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur turut serta dalam operasi SAR itu.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Rozihan Anwar Mamat.

Sumber : Hairan Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.