Semenjak dua menjak ini kerap kali terdengar kisah gangguan makhluk halus di beberapa tempat berlainan secara berterusan. Seolah-olah ia ‘berjangkit’.
Kini, Flat Tasek 64 di Masai, Johor pula menjadi ‘persinggahan’ baharu?
Seorang penghuni di flat berkenaan mendakwa cucunya diganggu oleh makhluk halus sehingga demam kanak-kanak itu dibuatnya.
Mengalami beberapa gangguan misteri
Operator kilang, Norhashimah Mahussin, 40, mendakwa, kejadian itu dialami cucunya yang berusia empat tahun pada Ahad lalu selepas melihat wanita berpakaian putih lalu di koridor, lapor Kosmo.
“Wanita itu macam hendak pegang dia (cucu), jadi dia menjerit dan menggigil ketakutan.”
Dua hari kemudian pula, dia diganggu oleh lembaga hitam.
Dakwa kanak-kanak tersebut, dia ternampak lembaga hitam melompat masuk ke dalam salah sebuah bilik rumah mereka yang sudah didiami sejak empat tahun lalu.
Cucu turut mendengar bunyi ketukan dan cakaran pada tingkap bilik.
Selepas kejadian itu, cucu saya demam hingga hari ini.”
Puan Norhashimah memaklumkan perkara ini dalam kumpulan Whatsapp penduduk, rupa-rupanya ada penduduk lain yang alami gangguan sama!
Entiti : Anggau ?
Sebelum ini kecoh tentang ketukan misteri dan berlari atas bumbung rumah di Pandamaran Jaya, Klang.
Kata Pengamal perubatan tradisional, Dr. Abdul Rahman Tan, gangguan misteri tersebut dibuat oleh makhluk dipanggil Anggau.
Entiti itu merupakan belaan seseorang yang telah mati dan merayau mencari tuan baharu. Anggau merupakan lembaga hitam dan mempunyai wajah seiras tuan lamanya.
Beliau mendakwa entiti tersebut takkan berhenti selagi tak menjumpai tuan baru.
Mungkinkah gangguan dialami warga Flat Tasek 64 disebabkan oleh anggau ini juga? Wallahualam…