in

Dia Kena Ragut, Tapi Dia Pula Dipersalahkan!

Page 9 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Dia Kena Ragut, Tapi Dia Pula Dipersalahkan!
Loading
/

Baru-baru ni viral sebuah video dekat media sosial pasal seorang wanita berbangsa India telah diragut oleh penunggang motor.

Wanita tersebut telah diragut di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa pada tengah hari 26 Ogos yang lalu. Jika dilihat di dalam video tersebut, penunggang tu telah meragut beg tangan mangsa sehingga mangsa jatuh atas jalan tar.


W 2
sumber: twitter

Di saat orang lain bersimpati dan mengeji perbuatan peragut tu, ada pulak sorang makhluk Allah ni yang menyalahkan mangsa tu dekat Twitter! Kau dah kenapa?

Katanya,

K1
sumber: twitter

Apa ni salahkan mangsa pulak!

So, individu ni kata yang wanita tak sepatutnya memakai beg tangan sebab bahaya. Kiranya kalau bawa beg tangan ni mengundanglah orang nak meragut.

Budaya salahkan mangsa ni perlu dihentikan! Sebab patutnya perbuatan peragut tu yang dikecam bukannya mangsa! Orang ramai pun tak bersetuju dengan pendirian individu ni.

Ada yang kata para wanita tak boleh nak simpan barang dalam wallet je. Betul tu, mana muat.

Fg
sumber: twitter

Tak pastilah kalau individu tu sengaja nak ‘menganjing’ ke apa tapi kalau betul lah dia fikir macam ni dan menyalahkan mangsa, tak taulah admin nak kata apa. Apa yang pasti, jom kita ubah pemikiran yang macam ni.

Kalau macam tu, seronoklah penjenayah sebab apa yang dorang buat tak dikecam.

Baca: “Kalau hospital nak darah jangan derma, jual 1 beg RM1,000…”

Derma Darah Je Wei 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.