in

“Dia kata boleh segarkan saya punya” – Percaya Kaedah Tradisional, Miss V Wanita 62 Tahun Melecur Sebab Tangas

Tangas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan terlalu percaya dengan kaedah perubatan tradisional, seorang wanita 62 tahun menderita akibat luka terbakar di bahagian dalam kemaluannya.


Ini semua gara-gara ikut nasihat si tukang berubat tu dengan harapan dapat mengetatkan dan menyegarkan vaginanya.

 

Ada pendarahan dalam keputihan 

Wanita dari China itu mengalami prolapsed vagina (usus atau rahim beralih dari tempat asal dan turun ke bahagian vagina) selama 9 bulan.

Sedikit info, prolapsed vagina ni biasanya akan terjadi kepada wanita hamil, lepas bersalin dan ada juga disebabkan obesiti dan menopause atau terlalu aktif bersukan.

Menurut sumber, wanita tersebut dah cuba macam-macam cara nak ubati masalah prolapsed tu tetapi gagal.

Disebabkan itu dia bertekad untuk cuba melakukan kaedah rawatan tangas ini, akibatnya dia mengalami pendarahan dalam keputihannya.

Wanita tersebut cuba dapatkan rawatan dan doktor mendapati ada kesan luka melecur di bahagian rahim dan lapisan vagina dia.

 

Melecur sebab ‘sauna duduk’

Bila ditanya, dia menjelaskan dia ada buat kaedah ‘sauna duduk’ ini pada dua hari sebelumnya. Si tukang berubat tu minta dia letak campuran herba ke dalam air panas yang mendidih dan duduk di atas besen itu selama 20 minit.

Doktor yang merawatnya memberikan ubat antibiotik dan meminta wanita itu untuk tutup bahagian kemaluannya yang luka itu dengan kain kasa dan kena tukar dua kali sehari.

Pihak doktor akan cuba merawat prolapse vagina dia sejurus sahaja luka melecur itu sembuh.

Ada segelintir pihak percaya bahawa tangan ini dapat menguatkan dan menyegarkan vagina mereka. Namun tegas Dr Naomi Sutton, konsultan kesihatan seksual di Rotherham NHS Foundation Trust.

“Tidak ada bukti medik atau orang-orang ilmiah bahawa menggunakan kaedah tangan ini boleh ubati prolaps vagina atau menguatkannya. Cuci guna air suam dan sabun sahaja dah memadai”

Bahkan dia juga menegaskan kaedah ini untuk merawat masalah vagina juga hanyalah mitos semata-mata.

NHS juga menerangkan bahawa prolapse vagina ini tidak mendatangkan bahaya kepada wanita tetapi, jika mereka mengalaminya ia harus mendapatkan rawatan daripada doktor.

 

Baca : Masukkan Pil Dalam Kemaluan Bagi Hilangkan Keputihan, Wanita Ini Terima Padah

Missv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.