in

“Dia janji nak bagi RM3,000”- Ditawar Jadi Model Kat FB, Wanita Dicabul Sebelum Ditinggalkan Kat Ladang Sawit

Featured 37

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dijanjikan bayaran sebanyak Rm3,000 untuk jadi model melalui perkenalan di facebook, seorang wanita akhirnya jadi mangsa cabul sebelum ditinggalkan di ladang kelapa sawit.


Dalam kejadian di Pontian, Johor seorang wanita dan teman lelaki berdepan detik cemas selepas mereka disamun oleh lelaki yang sebelum ini telah menjanjikan pekerjaan kepada wanita tersebut.

Lebih malang lagi, wanita yang juga seorang pembantu kedai berusia 23 tahun itu turut dicabul oleh suspek yang dikenalinya menerusi facebook dan telah menawarkannya ‘job’ sebagai model, lapor Sinar Harian.

Mengikut cerita, pasangan kekasih tu datang dari Kuala Lumpur ke Johor pada Isnin kira-kira pukul 8 pagi selepas wanita itu dikatakan terpilih sebagai model bagi satu penggambaran.

Selepas tertarik dengan bayaran RM3,000 yang ditawarkan, wanita itu bersetuju untuk terima job berkenaan.

3 4
Gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, kedua-dua mangsa yang menaiki kereta Myvi milik rakan mereka, sempat mengambil suspek di Pontian kira-kira pukul 12.30 tengah hari, hari yang sama.

Selepas mengambil suspek itu, ketiga-tiga mereka terus menuju ke arah Lima Kedai, Gelang Patah. Sebaik tiba di lokasi berkenaan, suspek yang berada di tempat duduk belakang tiba-tiba mengeluarkan sebilah parang panjang lalu meletakkannya di leher teman lelaki mangsa.

Suspek juga bertindak menarik teman lelaki mangsa keluar dari kereta berkenaan sebelum mengurungnya di dalam bonet kereta,”

Suspek kemudiannya masuk semula ke dalam kereta dengan bersenjatakan parang sebelum mencabul mangsa dan merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit miliknya.”

Selepas habis buat kerja jahatnya itu, suspek drive kereta ke satu ladang kelapa sawit di Pontian sebelum tinggalkan kedua-dua mangsa.

Ladang Kelapa Sawit
Gambar hiasan

Mengikut keterangan kepada polis, wanita tersebut diugut oleh suspek supaya tidak membuat laporan polis jika tidak mahu video cabulnya disebarkan.

Suspek turut melarikan kereta bersama barang milik mangsa iaitu pakaian, telefon bimbit, kad bank, alat solek dan kasut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392, 397, 377C, dan 354 Kanun Keseksaan.

Suspek kini masih diburu pihak polis.

 

Baca : Dasar materialistik! Beli Mazda Baru Sebab GF Tak Suka Myvi, Sekali Nampak Lelaki Bawa Mercedes Cium GF

Myvi

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.