in

“Dia hanya seorang guru ganti” – Abang Dedah Siapa Sebenarnya Cikgu Yang Ditumb*k Pelajar

syaz ft 2025 08 01T120733.218

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah video di mana seorang guru ditumbuk oleh seorang pelajar selepas ditegur kerana ponteng kelas.

Pelajar itu sudah pun ditahan oleh pihak berkuasa. Pun begitu, ada juga pihak yang mengatakan guru tersebut mengapi-apikan pelajar tersebut sehingga dia naik berang.


Perkara itu kemudiannya dinafikan oleh abang kepada guru tersebut menerusi laman Facebook miliknya, di mana dia menceritakan siapa sebenarnya cikgu itu.

Artikel berkaitan: Pelajar Biadab T*mbuk & Rentap Baju Guru Sebab Berang Ditegur Ponteng Kelas Ditahan Polis

Artikel berkaitan: Pelajar Tingkatan 2 T*mbuk Guru Mengaku Bersalah, Diikat Jamin RM1,000

“Ini nama dia Cikgu Wan Anwar. Ini adalah cikgu yang kena tumbuk dengan anak murid dia. Dia hanya membantu cikgu lain yg sedang dimarahi anak murid, padahal murid tu yang ponteng kelas.

Dia hanyalah seorang cikgu ganti sementara dan sedang menunggu untuk next test untuk jadi cikgu,” tulisnya.

Difahamkan, Cikgu Wan Anwar itu bukanlah guru yang calang-calang, dia telah berkhidmat sebagai guru ganti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan selama lebih 4 tahun dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Malah, dalam hantaran itu juga, difahamkan Cikgu Wan Anwar ini merupakan bekas atlet boling dan pernah bertanding di pentas Sukan Malaysia (SUKMA) serta Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).

“Saya adalah abang cikgu ini. Kami sudah serahkan kes ini kepada pihak berkuasa dan berharap hukuman yang bersesuaian dan setimpal kepada murid tersebut. Murid tersebut masih muda. Masih ada lagi ruang untuk menabur jasa kepada orang lain.
Semoga anak murid tersebut mendapat didikan yg bersesuaian serta diberikan keinsafan dan menjadi seorang yang berguna untuk masyarakat suatu hari nanti,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, abangnya itu juga berharap agar adiknya itu menjadi contoh yang baik kepada anak-anak muridnya.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.