in

“Dia dalam kelas paling tinggi” – Berlatih Untuk Konsert Menerusi ‘WhatsApp’, Datuk Mokhzani Puji Siti Nurhaliza

Mokhzani Tokti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Datuk Haji Mokhzani Ismail merupakan konduktor muzik dan penggubah lagu Malaysia, namanya tercatat dalam Malaysia’s Book of Records apabila beliau menjadi anak Malaysia pertama membuat persembahan secara langsung dari Tembok Besar China pada tahun 2015.

Menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini, Datuk Mokhzani memuat naik sebuah posting yang memuji Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam sebuah konsert ambang tahun baru di Melaka.


Artikel berkaitan: Aina Abdul Menang Lagu Terbaik & Pilihan Penaja Untuk Separuh Akhir Muzik Muzik 38 Hari Pertama

Artikel berkaitan: “Bila 2 legend berjumpa” – Peminat Teruja Tengok Siti Nurhaliza & Ziana Zain Bertemu Ketika Rehearsal

Dalam posting tersebut, Datuk Mokhzani berkongsi disebabkan cuaca agak teruk, beliau terpaksa mengadakan latihan dengan penyanyi nombor satu negara itu menerusi WhatsApp sahaja.

“Tidak keterlaluan kalau nak sebut DSCT penyanyi no 1 Malaysia dan mungkin ada lagi yang in da making ke arah itu, cuma dia tiada tolok bandingannya dan berada dalam kelas yang paling tinggi. 

Walau kita tak sempat nak practice yang sebenar-benar practice kerana faktor hujan di lokasi, jalan terbaik saya hantar video dan dia respon dalam WhatsApp tapi dia muncul semalam dengan penuh konfiden dan live vokalnya yang sangat meremang,” tulisnya.

Difahamkan, Datuk Mokhzani bertugas sebagai pemain piano dalam konsert ambang tahun baru yang juga perasmian Tahun Melawat Melaka itu.

Siapa je tak amaze dengan TokTi kan?

Sumebr: Instagram 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.