in

“Dia dah lama rancang, kita yang LALAI” – Gambar Baby Shima Di Kelab Malam Rupanya Babak MV Lagu Baru

Collage 37

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Respon Baby Shima sebelum ini bila ditanya mengenai gambarnya bermesra bersama seorang lelaki di kelab malam telah mengundang kecaman oleh netizen.


Sebelum ini ketika ditemubual, penyanyi dangdut ini mengakui bahawa gambar tular tersebut merupakan dirinya namun enggan bercerita panjang mengenai lelaki yang dilihat bersamanya kerana mengatakan yang ia isu peribadi.

Isu Shima ke kelab malam semua ada dekat YouTube LALAI

Screenshot 2021 11 18 At 11.26.25 Am

Namun semalam di Instagram, Shima sekali lagi menjelaskan perkara ini dan mengatakan bahawa gambar tular tersebut sebenarnya adalah babak dari muzik video lagu terbarunya bertajuk Lalai.

Terlebih dahulu saya nak minta maaf tentang gambar yang tersebar tu, tak tahu datang dari mana. Mungkin orang yang sebarkan itu cuba nak memburukkan nama Shima.

“Jadi Shima jelaskan dekat sini, gambar itu bertujuan untuk memburukkan nama, menjatuhkan dan memalukan Shima supaya dia buat orang benci lagi dekat Shima.”

Shima juga turut menafikan perkara tersebut merupakan gimik semata-mata juga turut terkilan apabila menerima kecaman dari netizen yang melampau sehingga ada yang menggelarkan dirinya pelacur.

Screenshot 2021 11 18 At 11.09.06 Am

Shima dah lama rancang, kita je yang LALAI

Kerana penjelasan Shima ini disertai dengan pautan muzik video terbarunya itu. Ramai netizen telah merasakan semua ini hanyalah kontroversi yang diciptakan oleh Shima untuk menaikkan viewers lagu barunya ini.

Screenshot 2021 11 18 At 11.12.17 Am Side

Whatsapp Image 2021 11 18 At 11.18.08 Down

Mungkin betul bukan marketing ni, kebetulan pulak ada orang sebarkan gambar mana dia nak tahu. Apa pun, korang kena dengar lagu baru Baby Shima ni, catchy betul!

 

Baca: “Memang saya. Kenapa ada masalah ke?” – Viral Gambar Di Kelab Malam, Baby Shima Minta Netizen Jangan Sibuk?

Collage 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.