Penyanyi dangdut Baby Shima sekali lagi dilanda kontroversi selepas foto miripnya dengan seorang lelaki di pusat hiburan tular di media sosial.
Menerusi temubual bersama mStar, Baby Shima telah mengaku gambar yang tersebar itu adalah memang dirinya.
“Iya itu memang saya… So kenapa ada masalah ke?”
Tanpa perlu berselindung, Baby Shima mengatakan wanita yang berada di kelab malam itu memang dirinya namun penyanyi ini enggan mendedahkan identiti lelaki yang bersamanya pada malam tersebut.
Saya rasa saya tiada kembar. Iya itu memang saya… So kenapa ada masalah ke?
“Rasanya tak perlu nak beritahu siapa lelaki dalam gambar tersebut tiada kepentingan pun untuk korang. Apa yang saya buat itu tak ganggu hidup orang lain.”
Baby Shima turut menyalahkan netizen atas kontroversi yang sering melanda dirinya. Menurutnya, apa yang berlaku bukan kerana dia mahu perhatian tapi disebabkan oleh mulut orang.
Sebenarnya apa yang berlaku pada Shima ni bukan nak tarik perhatian orang atau nak timbulkan kontroversi tapi semuanya disebabkan mulut orang.
“Daripada mulut orang la yang tarik perhatian dan media pick up.”
“Saya memang nakal tapi tiada minta duit mak bapak kau”
https://www.instagram.com/p/CVkuLPeheqx/
Penyanyi ini turut mengakui yang kadang kala dia berasa tertekan dan menganggap dirinya sebagai seorang artis yang tidak disukai oleh netizen.
Tak dinafikan kadang-kadang ada rasa sedih apabila kena kecam sebab saya ni seorang tapi yang mengecam ramai. Saya rasa down dan tertekan.
“Ada benda yang patut jawab ada benda tak patut jawab terutamanya hal peribadi saya.
“Ya, saya memang nakal tapi takdelah sampai kacau suami orang, kacau rumah tangga orang atau minta duit mak bapak kau.”