in

“Dia bukak seluar, pastu dah gosok-gosok dah” – Macam Nak Pecah Jantung! Wanita Ni Cuba Lari Dari Lelaki Gatal Melanc*p Dalam Kedai

Jahatnya Kau

Macam tak ada penghujungnya, kes sexual harassment ni ada di mana-mana. Lebih menakutkan apabila pelakunya pulak sejenis tidak sihat otak dan daring dalam melakukan kelakuan tersebut di tempat awam.

Baru-baru ni, viral di Twitter sebuah video yang menunjukkan seorang gadis dalam ketakutan lepas diganggu seorang ‘flasher’ yang tiba-tiba masuk ke dalam pejabatnya. 

 

Lelaki pakai helmet masuk dalam sebuah pejabat dan tayang ‘anu’ 

Kejadian yang berlaku di Kota Tinggi, Johor pada 18 April lepas ini bermula apabila seorang lelaki yang memakai helmet dilihat masuk secara mengejut dalam sebuah office. 

Tanpa membuang masa, lelaki tu terus jalankan kegiatan jijiknya dengan menayangkan kemaluan dan beronani di depan mangsa. Lebih menakutkan, dia macam mengacah-acah mangsa pulak dan mengejarnya bila mangsa cuba lari keluar dari pejabat tersebut. Gilalah! Berdebor min tengok mangsa tu. 

https://twitter.com/HilmiAdi/status/1119099264221634562

 

“Inilah sebabnya kebanyakan premis minta penunggang motosikal buka helmet sebelum masuk premis” 

Mendengar perbualan wanita di dalam video tersebut, salah seorang daripada mereka berkata mangsa tak dapat nak mengecam wajah suspek kerana lelaki tersebut memakai helmet.

Sebab tu lah menurut netizen yang viralkan posting ni, kebanyakan premis memang nak penunggang motosikal buka helmet mereka sebelum masuk ke dalam premis tersebut. Kalau jadi apa-apa senang lah nak identify penjenayah kan!

Why
sumber: twitter

 

“Hoi gilaaaa punya jantan!” 

Rata-rata netizen yang melihat video ni memang marah betul dengan sikap penjenayah tersebut. Ada jugak yang tak puas hati sebab video tu separuh jalan je. Apa-apapun posting ni ada bagitahu yang mangsa dah pun buat report polis dan pihak berkuasa memang tengah siasat kes ini.

Trauma
sumber: twitter

Semoga mangsa tak trauma lah dengan apa yang berlaku. Geram betul dengan jenis lelaki macam ni! 

Baca: “Potong k*nek dia bagi anjing makan” -Netizen Bengang ‘Flasher’ Serang Budak Sekolah Rendah Di Shah Alam, Tayang Anu Sambil Pakai Topeng!

Ff