in

“Dia berjudi korang tutup sebelah mata” – Syamimia Menangis, Netizen Dituduh ‘Pilih Bulu’?

Syamimia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pempengaruh TikTok tahun ini menjadi bualan ramai apabila dia mengeluarkan kenyataan bahawa dia bersifat neutral dalam isu peperangan di antara Palestin dan Israel.

Influencer yang dimaksudkan ialah Syamimia yang sering berkongsi video masakan serta aktiviti sehariannya dengan penuh estetik.


Artikel berkaitan: “Jangan fitnah saya lagi” –  Syamimia Kesal Dipanggil ‘Isr**l’ & Neutral’ Ketika Pergi Bercuti

Artikel berkaitan: Syamimia Tunjuk Sokongan Untuk Palestin Di Media Sosial Tapi Netizen Dakwa Dah Terlambat?

Kenyataannya itu membuatkan ramai netizen yang mula unfollow akaun TikTok miliknya sehinggakan pengikutnya jatuh dengan sangat mendadak.

Terbaru, Syamimia berkongsi luahan hatinya dalam sebuah sesi live menerusi TikTok dan memberitahu dia sangat sedih dengan tindakan netizen yang hanya mengingati satu keburukan yang dilakukannya walhal dia banyak berkongsi tips lifestyle lain.

@sayaperempuangberjaya

Betul kata dia tu. 💪💪 Biasalah manusia buat kebaikan 1 pon tak nampak. Salah 1 je, terus nampak kesalahan tu luar biasa. be strong dear @Syamimia 🌹❤️ #syamimia #mimi #miminangistengahlive #miminangis #fypシ゚viral #foryoupage

♬ original sound – Saya Perempuang Berjaya ✨💰 – 𝓐𝓲𝓷𝓮𝔂 ₒₒ▫ᵒᴼᵒ·∙💞

“Bila orang tu berjudi, bila orang tu pernah minum arak ke apa, korang tutup mata sebab dia pernah post pasal Palestin.

Bila saya share tentang kebersihan rumah, rumah kebersihan hati, cara nak bersahabat dengan suami, cara nak mendidik anak tapi satu je salah saya, saya tak post pasal Palestin.

Takde pulak korang war-warkan benda elok, adakah saya berjudi? Adakah saya minum arak?,” katanya.

Dalam tangkap layar video itu, Syamimia dilihat sangat hampa sehingga menangis berkenaan isu tersebut.

“Seriouslah dia fikir macam ni?”

Sedutan video itu membuatkan ramai netizen yang mempertikai kenyataan influencer tersebut dan merasakan Syamimia seperti tidak mengambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku kepadanya.

Cats 68

Hmm, berat isu ni…

Sumber: TikTok 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.