in

“Dia bangsa asing. Bukan agama Islam. Peluh dia, kulit dia. Tak macam kita…”

Ayus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi seorang yang beragama Islam tidak bermaksud anda punyai tiket untuk menghina mereka yang bukan beragama Islam. Ia tidak bermaksud juga anda sentiasa betul dan mereka yang bukan Muslim salah dalam semua hal.

Seorang pengguna Facebook bernama Ayus Fairus telah berkongsi pengalaman buruk yang dialaminya ketika berhadapan dengan seorang makcik yang bertindak ‘rasis’ terhadap sahabat Ayus yang berasal dari Korea. 


19510362 1398019756932149 5345066293540147724 N
sumber: facebook

Berikut apa yang diceritakannya:

“Jika sesiapa ikuti Facebook aku, kau orang tahu yang kawan aku datang dari Korea untuk jalan-jalan di Malaysia. Jadi dengan masa yang aku ada, aku sempat bawa dia jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur dan Melaka sahaja.”

Pun begitu, semasa bercuti di Melaka suatu tragedi yang tidak diingini telah berlaku. Pada 11 Ogos lepas, Ayus bersama sahabat Koreanya telah ke sebuah kedai di Pahlawan Walk dan membeli sehelai seluar panjang bercorak batik.

Dsc 1059
gambar hiasan

Akibat terlalu penat untuk mencuba pakaian tersebut di kedai, rakannya hanya membayar dan membawa pulang ia ke hotel. Namun sebelum tidur pada malam tersebut, dia mencuba seluar yang dibelinya pagi tadi.

Dia mendapati seluar tersebut rosak sedikit jahitannya di bahagian cawat dan jahitannya juga kelihatan bertindih. Oleh kerana tidak puas hati dengan keadaan seluar tersebut, mereka bercadang untuk ke kedai semalam dan menukarnya.

“Sebelum lunch kami ke kedai berkenaan semula dan beritahu masalah seluar tu dan minta tukar. Selepas aku bagitahu, makcik tu dah mula buat muka.” 

Aik baru pelanggan minta tukar dah buat muka??

Selepas memilih seluar yang disukainya, rakan Ayus minta kebenaran untuk mencuba seluar tersebut. Namun makcik penjual itu tidak benarkan dengan alasan semua barang di kedainya tidak boleh dicuba.

“Dalam waktu tu, ada satu local family datang dan nak beli baju untuk anak dia. Makcik itu beri mereka tu cuba. Aku pun aikkk… kenapa mereka boleh cuba tapi kawan aku nak cuba dia tak beri.” 

“Aku pun cakaplah, aik tadi kata tak boleh cuba?” 

Makcik ni sah cakap putar belit! 

20799496 1448585768542214 6550976129097157138 N
sumber: facebook

Namun alasan yang diberikan makcik tersebut sangat mengejutkan…

“Kita tak tahu peluh dia macam mana, dik. Apa dia makan. Orang dah tak nak beli kalau seluar tu dah dicuba oleh orang macam dia. Ini seluar yang adik tukar ni pun saya dah tak boleh jual. Sebab dia dah cuba.” 

Ayus yang masih tidak memahami maksud dari kata-kata makcik itu terus bertanya,

“Lah kenapa pulak? Lagipun seluar tu memang dah reject. Takkan masih nak jual? Tak apalah macam ni beri kawan saya cuba. Tak buka seluar. Seqelom (pakai) dekat luar saja. Sebab nanti kalau tak okay, dah tak ada masa nak datang tukar.”

Makcik tersebut tetap bertegas dan akhirnya menyatakan apa yang sebenarnya terbuku dihatinya.

“Adik ni tak fahamlah! Dia tak boleh cuba. Dia bangsa asing. Bukan agama Islam. Peluh dia, kulit dia. Tak macam kita. Kita tak tahu apa dia makan. Apa dia minum. Adik kena ambil berat benda ni!” 

Whoops! Rasis sungguh makcik ni dengan non muslim! 

Giphy 1 2

Ayus yang bengang dengan kata-kata makcik tersebut meminta wanita itu mengembalikan wang rakannya. Namun wanita itu enggan mengembalikannya dan dia bertegas untuk sahabat Ayus memilih saja seluar mana yang dia mahukan dan pergi dari situ. 

“Bagi duit tak boleh. Tukar barang saja boleh. Barang RM25 je dik. Bukan RM250. Pilih jelah seluar yang mana. Tukar saja.” 

Amboi RM25 tu pun duit tau makcik! 

Sahabat Ayus yang terpinga-pinga dengan kejadian itu berkali-kali bertanyakannya mengapa dia kelihatan sangat serius di kedai sebentar tadi. Setelah puas berdolak dalih, Ayus akhirnya mengaku yang makcik tersebut tidak beri sahabatnya mencuba seluar tersebut kerana dia bukan Muslim.

“Muka dia berubah, dan dia kata awat tak bagitahu tadi. Kalau dia tahu, dia nak tinggal je seluar tu dan tunjuk middle finger dekat makcik tu!” 

Giphy 2 1

Walau bagaimanapun, Ayus sempat memohon maaf kepada sahabatnya atas kekhilafan makcik tadi dan memberitahu yang dia tak sepatutnya ceritakan hal tersebut kepada rakannya itu. Habis spoil mood bercuti kan? 

Diharapkan makcik tersebut berubah dan jangan ‘rasis’ terhadap mereka yang bukan beragama Islam. Kita dan mereka sama sahaja. Yang membezakan hanya iman dan kepercayaan masing-masing. Wallahualam.

Baca: “Saya memang terpaksa masuk Islam sebab ‘no choice’…”

Uncle

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.