in

“Dia balik ke rumah dan bergaul bersama penduduk kampung” – Bekas Tahanan Reman DIpercayai Punca Penularan Covid-19 Di Baling

39A6E87B A31C 4086 B838 6B6F4185Cc62

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Individuu yang dikatakan bekas tahanan reman dipercayai menjadi punca penularan Covid-19 di sebuah kampung di Baling.


Menerusi Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, individu yang positif pandemik itu dikatakan pulang ke kampungnya selepas dibebaskan dari penjara.

 

Apabila dia tamat tahanan reman, dia balik ke rumah dan bergaul bersama penduduk kampung.Setakat ini, jiran dan kontak rapat individu berkenaan membabitkan 24 rumah di kampung sudah disaring. “

Namun begitu, ujian saringan tiidak akan membabitkan semua penduduk kampung. Bagaimanapun disebabkan dia berkemungkinan menjadi punya penularan wabak Covid-19, beberapa sekolah di Baling terpaksa ditutup tetapi siasatan lanjut masihh dijalankan petugas kesihatan.

Kampung itu dusah dikawal pihak berkuasa, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Bersasar belum dilaksanakan di kawasan berkenaan.

Semalam, dua sekolah di Baling iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baling dan SMK Bongor diarahkan tutup sehingga 17 Oktober ini.

Dua lagi sekolah yang diarahkan tutup adalah SMK Bukit Payong dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pak Kiau di Pokok Sena.

 

Baca : [TERKINI] PKPB di Seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya Bermula 14 Oktober Ini

Ismailsabri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.