Satu berita amat mendukacitakan hari ini atas pemergian pekerja barisan hadapan yang dikenali sebagai Dr. Ali Noor Hassan dijemput ilahi ketika menjalankan tugas.
Sebelum ini, KKM ada membuat kenyataan berhubung dengan punca kematian Dr Ali, arwah meninggal disebabkan ada penyakit lain dan sama sekali tiada kaitan dengan penat bekerja.
Kenyataan itu disokong lagi oleh wanita yang dipercayai isteri kepada petugas kesihatan itu, lapor Harian Metro.
Damailah disana wahai suamiku.”
Menerusi perkongsian Asilah Alqarny di Facebook, disebabkan insiden ini viral, dia tiba-tiba menerima banyak friend request. Ramai yang mendoakan arwah.
Asilah juga turut menjelaskan mengenai maklumat kurang tepat seperti mana yang didakwa di media sosial sebelum ini.
“Cuma maklumat kurang tepat sebab kematian. Dia meninggal di hkl kerana acute respiratory distress bukan sebab covid/kepenatan bertugas melawan covid.”
Dalam pada itu, dia juga mendedahkan sikap mulia arwah. Katanyaa, arwah rajin terlibat dengan aktiviti jemaah tabligh dan periksa pesakit percuma semasa ijtimak tabligh, tidak berkira kerja dan suka ziarah sahabat sakit.
Memang dia banyak terlibat dengan aktiviti jemaah tabligh. Periksa pesakit percuma semasa ijtimak tabligh, tidak berkira kerja dengan kawan kawan, dan dia antara yang suka ziarah sahabat/saudara sakit. Ramai yang mesej, Dr Ali antara orang yang pertama melawat apabila kawan kawan tak sihat.
Katanya lagi, Dr Ali juga seorang yang rajin dan tak putus-putus bersedekah setiap hari walaupun sikit. Malah, arwah juga banyak berbakti dengan arwah ibunya
Beliau jugak banyak bersedekah. Setiap hari walau sedikit. Semasa ibunya masih ada, banyak memuliakan dan berbakti kepada ibu.
“Setiap kali beli lauk untuk family mesti akan belikan lauk yang sama untuk arwah emak dia semasa hidup. Mak nak ke klinik atau rawatan memang dia akan usahakan cuti untuk berkhidmat kepada mak dia. Sehingga mak dia di diagnose lung cancer pada August 2018 sanggup ambik cuti separuh gaji untuk jaga emak dia.
Katanya lagi, sehingga ke akhir hayat arwah ibu dia di IKN, Dr Ali antara yang ajarkan kalimah syahadah. Al-fatihah buat Allahyarham Dr Ali dan salam takziah buat keluarga.
Baca : KKM Nafi Dr Ali Meninggal Dunia Sebab Beban Kerja Sebagai Frontliner, Ini Penjelasan DG Hisham…