Sebelum ini, banyak isu tentang suami curang yang berlaku namun, tak wajar bagi kita untuk memukul rata semua lelaki bersikap sebegitu kerana masih ada lagi yang setia bersama isteri walaupun ditimpa pelbagai ujian dalam rumah tangga.
Tular baru-baru ini, beberapa video mengenai seorang lelaki bernama Asdina Ariffin yang setia menjaga dan menguruskan isterinya, Noor Syamimi Rohim yang telah hilang ingatan.
Pun begitu, melalui satu temu ramah oleh Malaysia Gazette bersama pasangan tersebut, Asdina menceritakan beberapa sebab kenapa dia menjaga isterinya sehingga kini.
@malaysiagazette “Saya masih ingat, dulu kalau saya demam Syamimi akan minta pada Allah supaya ‘pindahkan’ sakit itu padanya dan berjanji untuk menjaga saya hingga ke akhir hayat. “Sebab itu hari ini saya berpegang pada lafaz akad nikah kami pada 11 November 2018, janji saya pada Allah untuk menjaga amanah ini selagi nyawa dikandung badan tanpa perlu memikirkan untuk mencari isteri lain,”. Itu luahan sebak dikongsi Asdina Arffin, 32, yang tular di media sosial TikTok mengenai ketabahannya menjaga isterinya, Noor Syamimi Rohim, 33, yang terlantar sepenuh, hilang penglihatan dan daya ingatan sejak Jun 2022. malaysiagazette MGPrihatin
“Syamimi minta sakit tu ‘transfer’ kepada dirinya”
Asdina menceritakan tiga sebab utama kenapa dia ada bersama Syamimi sehingga sekarang. Pertama, setiap kali Asdina sakit ataupun demam, Syamimi akan berdoa kepada Allah untuk sakit tersebut dialihkan kepada dirinya.
Doanya dimakbulkan apabila Asdina kembali sihat tetapi Syamimi pula yang sakit. Apabila ditanya mengapa, jawapan Syamimi membuatkan suaminya terkedu.
Biarlah I sakit, you tahu nak buat apa. Kalau you sakit, I tahu shuben (husband) tak oleh buat apa.
Dulu dia boleh terima sakit saya untuk dia, kenapa hari ni sakit dia, saya tak boleh ada dengan dia? – ujar Asdina
Syamimi seorang yang yakin dengan Allah
Dahulu, apabila Asdina tidak mendapat kerja lagi, Syamimi akan mendoakan suaminya melalui cara khatam Al-Quran.
Kalau kata saya tak ada kerja lagi, rezeki Allah belum bagi.. dia selalu cakap dengan saya.. “Shuben, I niatkan baca Al-Quran ni.. khatam je Al-Quran, you mesti akan dapat rezeki. Dia seorang yang yakin dengan Allah.”
Berkat doa seorang isteri, selepas Syamimi khatam Al-Quran, suaminya akan mendapat rezeki yang melimpah ruah.
Artikel berkaitan: Alami Jangkitan Otak Sampai Hilang Ingatan, Netizen Kagum Kesetiaan Suami Ini Gigih Jaga Isteri
Artikel berkaitan: “Mereka pun nak belajar”- [VIDEO] Ramai Suami ‘Join’ Kelas Penyusuan Anak Raih Perhatian Netizen
“I akan jaga you sampai mati..”
Selain itu, Asdina turut berkongsi perbualannya dengan Syamimi yang juga pernah berjanji untuk menjaganya sekiranya dia ditimpa sakit.
Kalau shuben cacat ke.. you akan jaga I ke?– Asdina
I akan jaga you sampai mati.. – Syamimi
Itulah yang dilakukan oleh Syamimi selama ini dan menjadi sebab kenapa Asdina setia menjaganya sehingga ke hari ini.
Asdina akui, ramai yang bertanya bagaimana dia tabah menjaga Syamimi. Menurutnya, Syamimi bukan sahaja amanah daripada keluarganya tetapi juga amanah yang diberikan oleh Allah SWT.
Kalau benda ni pun saya tak boleh hadap, macam mana?
Andai kata akan datang, saya kahwin lain dan benda yang sama terjadi lagi. Akan berterusan, kahwin lain.. kahwin lain. Saya tak nak fikirkan masalah.. Apa yang Allah dah tentukan, saya reda.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen kagum setelah mendengar penjelasan daripada Asdina.
Untuk rekod, Syamimi telah mengalami jangkitan otak pada Jun 2022 sehingga menyebabkan dia tidak mampu menguruskan diri sendiri serta hilang daya ingatan. Memori Syamimi juga hanyalah ingatan pada tahun 2018 dan dia juga seakan lupa sudah berkahwin dengan Asdina serta menganggap mereka masih berkawan.
Sumber: TikTok, Malaysia Gazzete