in

Derma Serendah RM1, Berpeluang Menang Baucer Tunai RM100 Dengan #FundAChildSurgery

Feature Image Kk Mart 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sempena sambuntan bulan kemerdekaan ke-64, sebuah peraduan ‘#FundAChildSurgery Beli, Derma dan Menang Merdeka’ telah diwujudkan melalui usahasama antara KK SUPERMART dan My MedicalToday.MY.


Beratus jenis pilihan produk serta servis kegemaran boleh dinikmati oleh kesemua pelanggan KK Supermart dan secara langsung menderma serendah RM1 ke #FundAChildSurgery ketika membuat pembayaran di kaunter.

100 pemenang yang akan dipilih secara rawak bakal berpeluang untuk menangi baucer tunai bernilai RM100 sepanjang tempoh peraduan yang berlangsung dari 1 Ogos sehingga 30 September 2021 ini.

Datuk Seri Dr. KK Chai selaku Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Syarikat KK SUPERMART & SUPERSTORE Sdn. Bhd. berkata, KK SUPERMART telah bersetuju untuk menjadi sebuah platform untuk menjayakan misi #FundAChildSurgery oleh My MedicalToday.MY ini.

Secara tidak langsung, ini dapat membantu mengubah hidup selain memberikan impak kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Dalam masa yang sama, KK Chai turut menyeru supaya orang ramai menderma serendah RM1 kepada #FundAChildSurgery ini.

“Saya percaya nilai wang ringgit Malaysia mampu memberi impak sosial kepada kanak-kanak dengan mencipta sebuah kepercayaan yang kuat daripada pelanggan kami.”

Untuk turut serta dalam peraduan ini, pelanggan hanya perlu ikuti 3 langkah mudah iaitu :

  1. Derma serendah RM1 dikaunter pembayaran di mana-mana outlet KK SUPERMART
  2. Gunakan resit dan aktifkan penyertaan dengan mendaftar secara online di sini.
  3. Jawab satu soalan mudah yang tertera di laman web yang tersebut.

Selain itu, perasmian peraduan #FundAChildSurgery Beli, Derma dan Menang Merdeka ini merupakan langkah pertama dalam memberikan kesedaran dan pelbagai lagi kempen dan aktiviti yang bakal diadakan dalam usaha untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia.

Sempena bulan kemerdekaan ke-64 ini, pelanggan berpeluang untuk menyumbang sebanyak 64 pembedahan dan pihak MedicalToday.MY melalui pengasasnya Pravin berharap kempen mahupun peraduan ini dapat memberikan kesedaran agar lebih banyak senyuman dapat diukir pada wajah kanak-kanak di Malaysia.

Untuk makluman, terdapat ribuan kanak-kanak di unit pediatrik di hospital seluruh Malaysia yang sedang menunggu giliran bagi menjalani pembedahan elektif. Setiap tahun, senarai ini kian bertambah.

Fund A Child Surgery

Secara tidak langsung, lebih ramai ibubapa yang kurang berkemampuan untuk membiayai kos pembedahan yang tinggi disebabkan penyusutan purata gaji bulanan selain peningkatan kadar pengangguran di Malaysia akan menyebabkan pembedahan tertangguh.

Walaupun bantuan dari pihak kerajaan tidak pernah putus, namun disinilah tercetusnya idea #FundAChildSurgery bagi membantu kanak-kanak ini mendapatkan rawatan dan pembedahan dengan kadar segera.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen dan peraduan ini, boleh layari sesawang www.medicaltoday.my atau hubungi Rn. Pravin di talian 011-23777850.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.