in

“Depression and struggle is real” – Bintang Kamen Rider Ditemui Mati, Dipercayai Bunuh Diri

Diri8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di Jepun, bunuh diri bukanlah perkara asing lagi hinggakan terdapat satu hutan terkenal yang dijadikan sebagai destinasi terakhir mereka untuk menamatkan riwayat hidup.


Bunuh diri tak memilih taraf sosial di sana, orang awam, orang kenamaan, selebriti, ahli politik juga ada yang bunuh diri. Dapat disimpulkan di sini, wang bukanlah sebab utama bunuh diri banyak meragut nyawa di Jepun.

Tahun ini dikejutkan dengan berita bunuh diri pelakon ternama di sana antaranya Haruma Miura dan Yuko Takeuchi.

Diri2

Kali ini, Akira Kubodera pula menyusuli mereka. Mendiang merupakan pelakon yang terkenal di Jepun lebih-lebih lagi dalam filem Kamen Rider dan Guardian Sailor Moon.

Depression and struggle is real.”

Pelakon berusia 43 tahun itu ditemui koma di kediamannya di Tokyo pada Jumaat dan disahkan mati selepas tiba di hospital. – Harian Metro

Hasil siasatan polis, mereka percaya Kubodera membunuh diri dan kematiannya disahkan sendiri oleh agensi pelakon tersebut. .

 

Haruma Miura pernah berlakon sekali dalam Last Cinderella.

Diri3

 

Berita mengejutkan ini masih tak dapat diterima oleh ahli keluarga dan agensinya meminta supaya media tidak mengganggu mereka.

Kubodera berkahwin bersama pelakon Yuko Omori dan mereka memiliki seorang anak perempuan.

Walaupun dorang tak baca, tapi min harap keluarganya tabah. Bunuh diri bukan gurauan ye!

 

Baca : Bintang Miss Sherlock Yuko Takeuchi Ditemui Mati, Dipercayai Bunuh Diri

Diri4

Sumber: nextepisode

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.