in

“Dengar suara perempuan menangis di Pantai Lido” – Misteri Menara Pintu Air Johor Yang Ramai Tak Tahu

Menara Pintu Air

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang-orang Johor ataupun yang tinggal di sekitar JB dalam tahun 80-an mesti ingat akan Menara Pintu Air Johor yang satu masa dulu jadi mercu tanda di kawasan tu kan?


Menerusi perkongsian pengguna Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan, sebenarnya ada kisah misteri tentang Menara Pintu Air ni yang ramai tak tahu. Ia berkaitan bunian dan makhluk halus pulak tu!

 

Pintu air lain tak ada menara. Kenapa yang ini ada? 

Menara Pintu Air atau dulu dikenali sebagai Johore Tower ini beri akses dari kawasan darat ke laut melalui sungai, atau sebaliknya.

44541312 10156743259548351 4851179613964992512 N
sumber: facebook

So bagi yang tak tahu (if korang duduk bandar metropolitan yang jauh dari kawasan sungai), kat sepanjang Selat Tebrau ada banyak pintu air macam ni. Antaranya seperti pintu air Sungai Ayer Molek, Sungai Segget dan pintu air Sungai Chat.

Tapi beza pintu air lain dengan yang di muara Sungai Ayer Molek ni ialah pintu air ni je yang ada menara. Kenapa? Actually tak ada jawapan pun dan ramai yang cakap ia agak misteri. Ia tak terselindung dari pandangan tapi orang JB sebenarnya tak tahu kat mana sungai ini berada.

 

Jadi akses orang bunian yang tingggal kat kawasan Taman Istana?

Pelik jugaklah bila ramai yang tak perasan padahal sungai ni menyusur di hadapan bangunan yang semua orang JB kenal, seperti; Penjara Ayer Molek, Menara Tabung Haji, Taman Istana, Wisma JOTIC dan bertemu dengan laut berhampiran kompleks beli belah Lot 1.

Johor Bahru Johor Tourist Information Centre Jotic 0001
Jotic | sumber: blog

Malah Jalan Ayer Molek tu pun orang dapat nama dari Sungai Ayer Molek sebab ia menyusur selari dengan sungai tersebut. Tapi sungainya? Orang masih tak nampak.

Sebab tu lah ramai orang kata yang Sungai Ayer Molek ni adalah akses orang bunian yang tinggal kat dalam Taman Istana untuk ke laut. Dan ia juga katanya jadi punca kenapa kompleks beli belah Lot 1 terbengkalai. Orang Johor jugak selalu cerita ada Istana Bunian di Taman Istana. Betul ke tak ni korang? 

Img1864
Taman istana | sumber: blog
Imgp1875 1
Cantik jugak taman istana ni. Macam tempat bunian… | sumber: blog

 

Dengar suara perempuan menangis mendayu-dayu…

Selain dari kisah tu, ada satu lagi kisah misteri berkaitan Menara Pintu Air ni. Sekitar tahun 80-an, pada hari Ahad akan ada siaran lagu yang dipancarkan daripada menara ni dan jugak pembesar suara pada ‘pokok besi’ di sepanjang Pantai Lido.

Bolehlah korang layan dendangan lagu sambil nikmati bayu laut kat pantai kan. Hipster sangat! 

44518877 10156743266583351 3957412707967172608 N
sumber: facebook

Hipster tu memang lah hipster kan, tapi tak sangka pulak ia jadi seram lepas satu kejadian ni.

Pada satu tengah malam, orang-orang JB yang tengah berdating kat Pantai Lido tetiba terdengar suara perempuan menangis mendayu-dayu dan bergema di corong pembesar suara.

Mula-mula dia orang yang kat situ macam terpinga-pinga, lagipun siaran lagu dari menara tak sepatutnya sampai lewat malam. Tup-tup lepas tangisan habis, dengar pulak bunyi hilai tawa. Duh memang seram habislah sebab kawasan Lido tu ada pokok-pokok besar.

 

Nak matikan pembesar suara, tapi nampak kelibat perempuan

Stress dengar bunyi macam tu malam-malam, akhirnya pihak berwajib beranikan diri naik ke menara tu untuk matikan pembesar suara. Dilaporkan juga ada yang nampak kelibat perempuan di atas menara tu masa dia orang naik. Tapi bila sampai atas, tak ada sesiapa pulak. Adoi! 

Lepas kejadian tu ada banyak spekulasi timbul. Ada yang kata tu suara perempuan mati bunuh diri, terjun dari menara tersebut. Ada juga yang claim tu suara orang bunian nak halang orang ramai dari buat maksiat kat Pantai Lido (haa ni admin suka).

Tapi macam mana pun tak ada kebenaran sampai sekarang. Kini Menara Pintu Air pun dah tak ada sebab ia dirobohkan semasa projek pembinaan Waterfront City (Lot 1). Tapi pengalaman ‘angker’ masih korang boleh rasa di Lot 1 dan di mall-mall berpenunggu lain macam Kemayan City (Paradigm), Pacific Mall dan Skudai Plaza. Gituuu… 

Lot 1 Jb Waterfront City
Jb waterfront | sumber: blog

Korang ada pengalaman seram di JB? Kongsikan dengan kami di bahagian comment! 

Baca: Paradigm Mall JB Dibuka, Netizen Heboh Kerana Dulu Ianya Tapak Kemayan City ‘Berhantu’ 

Kemayan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.