in

Hanya Dengan Sekali Lafaz, Shila Amzah Sah Bergelar Isteri Ubai

2Shibai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi Shila Amzah telah selamat bergelar isteri kepada influencer media sosial, Ubai. Upacara ijab kabul telah diadakan sebentar tadi di Ampang, Kuala Lumpur.

Screenshot 2023 08 05 At 11.01.34 Am

Majlis akad nikah telah dijalankan sendiri oleh bapa Shila Amzah, artis senior tanah air, ND Lala. Dalam majlis yang serba indah itu, mereka telah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.


Memetik laporan Roti Kaya, pihak pengantin telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM20,000.

Untuk rekod, sepanjang pertunangan mereka sebelum selamat disatukan secara sah, Ubai berdepan dengan dugaan keluarga selepas pemergian ibunda tercintanya beberapa hari yang lalu akibat kanser ovari tahap tiga.

Screenshot 2023 08 05 At 11.01.54 Am

Pun begitu, majlis penyatuan dua jiwa antara Ubai dan Shila Amzah tetap berjalan seperti yang dijadualkan.

Kami di Lobak Merah ingin mengucapkan tahniah kepada kedua mempelai.

Baca: “Orang bernikah buat video ‘counting days’ tapi Sha dan Ubai…” – Shila Amzah Reda Pemergian Bakal Ibu Mentua

Screenshot 2023 08 05 At 11.00.11 Am

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.