Pernah tak anda mengahadapi situasi di mana baju semakin ‘berbulu’ selepas kerap dibasuh. Situasi ini akan terjadi apabila benang di dalam baju rosak, sehingga membentuk permukaan yang berbulu pada baju.
Situasi ini amat menjengkelkan terutamanya jika terjadi pada baju yang mahal atau baju kegemaran kita. Bagaimana nak atasi situasi baju ‘berbulu’ ini?
Guna Clothes Lint Remover!
Seorang pengguna Twitter, Saida Zarifah (@SaidaZarifah) ada berkongsikan pengalaman beliau dalam menghilangkan bulu-bulu pada baju.
Dengan menggunakan Clothes Lint Remover, anda hanya perlu menggosokkan alat tersebut beberapa kali pada permukaan yang berbulu dan hasilnya sangatlah mengagumkan. Rasa macam beli baju baru pun ada!
Terang gadis ini, Clothes Lint Remover ini dibeli di Daiso dengar harga RM5.90. Pelaburan yang sangat berbaloi jika anda mahu baju-baju lama sentiasa kelihatan baharu.
Beliau turut berkongsikan video tutorial untuk menggunakan alat ini, anda boleh tonton di bawah:
https://twitter.com/SaidaZarifah/status/1295267309376794624
Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan pisau pencukur, pisau lipat ataupun razor untuk menghilangkan bulu-bulu pada baju kerana ia juga mampu untuk memberikan hasil yang sama. Pilihan di tangan anda.
Ayuh serbu Daiso!
Kredit: Saida Zarifah
BACA: Wanita Sanggup Pecah Masuk Tingkap Masa Banjir Demi Selamatkan Patung Gundam Suami