in

Denda RM2,000 & Kerja Amal : Amaran Keras KPKT Buat “Pembuang Sampah” Mulai 2026

ft kpkt sampah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YB Tuan Nga Kor Ming, menyuarakan rasa kesal yang mendalam berhubung tahap kebersihan bandar yang masih terjejas akibat sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

Beliau mempersoalkan sama ada tabiat membuang sampah merata-rata ini merupakan budaya yang ingin dibawa oleh rakyat Malaysia saat negara sedang melangkah ke arah status negara maju.


Dengan persiapan menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026, isu kebersihan di pusat bandar dan lokasi tumpuan awam menjadi kritikal. Sikap tidak bertanggungjawab membuang sampah kecil bukan sahaja mencemarkan imej bandar raya, malah memberi tanggapan buruk kepada pelancong asing.

LM Gambar Hiasan 38

Tindakan Tegas Mulai 1 Januari 2026

Sebagai langkah mendidik masyarakat agar lebih berdisiplin, kerajaan melalui SWCorp dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan menguatkuasakan tindakan yang lebih keras bermula tahun 2026:

  • Denda Sehingga RM2,000: Individu yang didapati membuang sampah kecil di tempat awam bakal berdepan denda yang tinggi.

  • Perintah Khidmat Masyarakat: Selain denda, pelaku boleh dikenakan hukuman tambahan kerja amal selama maksimum 12 jam dalam tempoh enam bulan.

Menteri KPKT menegaskan bahawa usaha pembersihan secara berterusan oleh SWCorp dan PBT tidak akan mencapai keberkesanan maksimum tanpa kerjasama orang ramai.

605459164 1291879709632236 4422740684804955424 n

Beliau menyeru semua pihak untuk meningkatkan kesedaran sivik dengan menggunakan tong sampah yang disediakan dan menghormati ruang awam.

“Bandar yang bersih mencerminkan masyarakat yang berbudaya tinggi”

Artikel berkaitan : Galakkan Kesedaran Sivik, Anugerah Tandas Terbaik Jadi Acara Tahunan Kebangsaan

Artikel berkaitan : “Rasa nak melawat tandas-tandas ni” – Anugerah ‘Toilet of The Year’ 2024 Raih Perhatian Netizen

Tambahnya lagi, dalam usaha menjadikan bandar-bandar di Malaysia lebih lestari dan berdaya huni untuk generasi akan datang.

Sumber : KPKT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.