in

Demi Upah RM450, Wanita Ini Sanggup Jadi Tekong Darat Bawa PATI Bangladesh Dari KL Ke Perlis

cc 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Itulah perumpamaan yang boleh dikaitkan dengan tindakan seorang wanita tempatan yang cuba untuk menjadi tekong darat dengan membawa pendatang asing tanpa izin (PATI),  sebelum tumpas di tangan pihak polis.

Seorang wanita berusia 33 tahun itu telah diberi upah sebanyak RM450 untuk membawa tiga orang lelaki warga Bangladesh dari Kuala Lumpur ke Perlis dipercayai atas tujuan mencari kerja.

c1 3

Usaha wanita itu untuk membawa ketiga-tiga lelaki Bangladesh itu gagal apabila dia ditahan polis di sekatan jalan raya (SJR) Ops Covid-19 berdekatan dengan Gelanggang Futsal Jalan Napoh, Changlun, Jitra ke Padang Sera, pada 5.10 petang semalam.


Lebih mengejutkan hasil siasatan mendapati ketiga-tiga lelaki Bangladesh tersebut tiada passport, tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah malah permit kerja juga adalah palsu.

 

Ambil upah sebagai tekong darat selepas hilang kerja

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, wanita tersebut sebelum ini pernah bekerja sebagai pemandu e-hailing tetapi syarikat tersebut telah membatalkan perkhidmatannya kerana sering membawa anaknya bersama sewaktu berkerja.

Kemudian, dia dihubungi oleh seorang lelaki yang dikenali pada 19 Ogos lalu untuk mengambil tiga lelaki Bangladesh berkenaan untuk dihantar ke Keteri, Perlis.

c2 2 2

Menurutnya juga, ini kali pertama wanita itu berurusan dengan lelaki tersebut dan mendakwa masih belum menerima bayaran yang dijanjikan, lapor Harian Metro.

Wanita itu disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. Tiga lelaki Bangladesh itu akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63

 

Baca: Wanita Sanggup Tinggal 4 Anak Di Rumah Untuk Teman Suami Ke Kelab Malam

c 4

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.