in

Demi Keamanan Sosial, Sri Lanka Akan Larang Pakai Purdah & Tutup Lebih 1,000 Madrasah

Cover 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wanita Muslim akan dilarang memakai purdah dan lebih 1,000 madrasah akan ditutup. Itulah pengumuman baru yang diumumkan oleh kerajaan Sri Lanka pada 13 Mac lalu.

Menurut Menteri Keamanan Awam Sri Lanka, Sarath Weerasekara, beliau sudah menandatangani pelan cadangan ini dan kini menunggu kelulusan daripada Menteri Kabinet.


Woman In Burqa E1556879104867

Tambah Weerasekara lagi, pemakaian purdah mempunyai impak kepada keamanan negara.

“Pada zaman dahulu, kita ada ramai kawan Muslim, tapi gadis dan wanita Muslim tidak pernah memakai purdah”

Beliau juga berpendapat pemakaian purdah adalah tanda munculnya pelampau agama dan perkara ini perlu dilarang dengan segera.

Untuk rekod, pemakaian purdah pernah disekat pada tahun 2019 selepas satu insiden pengeboman berlaku di gereja dan hotel yang mengorbankan lebih daripada 260 orang.

Bagaimanapun, sekatan ini ditarik selepas mendapat kritikan daripada Amerika Syarikat dan kumpulan hak asasi antarabangsa.

Pihak kerajaan juga akan menutup lebih 1,000 madrasah dengan alasan melanggar dasar pendidikan nasional. Malah, ada juga kes madrasah yang tidak berdaftar dengan pihak berwajib.

Penganut Islam merangkumi 9 peratus daripada 22 juta penduduk di Sri Lanka, manakala penganut Buddha merangkumi 70 peratus.

 

Kredit: Channel News Asia

BACA: Sri Lanka Larang Upacara Pengebumian, Mayat Bayi Muslim Yang Dijangkiti COVID 19 Dibakar Tanpa Dapat Persetujuan Ibu Bapa

Capture 7

Sumber: SheThePeople

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.