Pendakwah bebas, PU Syed meminta Erma Fatima untuk membuat laporan polis selepas penerbit dan pengarah itu mendedahkan bahawa drama Bidaah adalah daripada pengalaman hidupnya sendiri.
Erma atau nama sebenarnya Fatimah Ramad Ali, 56, sebelum ini berkongsi dia pernah menyertai sebuah kumpulan agama beberapa tahun lalu yang pada awalya ajaran yang disampaikan dilihat normal dalam menjalankan kewajiban Islam seperti melakukan ibadah, berzikir dan amalan-amalan sunat yang lain.
Bagaimanapun, pengalaman itu berubah apabila seorang gadis dari kumpulan itu menghubunginya dan mendedahkan perbuatan keji Tok Guru mereka.
Artikel berkaitan: “Saya sudah biasa, selalu kena” – Adegan Usap Janggut Guna K*ki Dikecam, Ini Respon Erma Fatima
Artikel berkaitan: Gara-gara Watak Walid, Faizal Hussein Dedah Terima Mesej Anak Dara Mahu Jadi ‘Isteri Batin’
“Anak-anak ini masuk nak kenal tuhan, mak ayah hantar ke pondok dalam tu namun satu hari saya dapat panggilan daripada budak perempuan yang menetap di situ memberitahu Tok Guru itu telah menidurinya.
“Bukan hanya dia malah beberapa perempuan lain juga. Ini bukan satu pembohongan tapi itulah yang terjadi sama seperti dalam karya saya,” dakwanya.
@watieysoong @erma fatima
Minta Erma buat laporan polis
Susulan perkongsian itu, PU Syed berkata Erma sepatutnya membuat laporan jika apa yang dinyatakan benar agar pihak polis boleh mengambil tindakan ke atas kumpulan tersebut.
“Saya nak minta tolong sebab Puan Erma yang menyatakan sendiri dan tolong buat laporan polis supaya polis ambil tindakan ke atas kumpulan tersebut yang mana telah memberi idea untuk Puan Erma membuat drama tersebut.
“Untuk beritahu rakyat agar tak terlibat dengan kumpulan yang beliau dakwa itu, maka laporan polis perlu Puan Erma lakukan agar ia benar-benar betul seperti didakwa. Berani kerana benar dan kena dedahkan agar semua tahu” ujarnya.
Terdahulu, drama arahan Erma mendapat kritikan daripada netizen kerana drama ini dilihat seolah-olah mahu menjatuhkan Islam.
Sumber: Facebook