Peguam, Datuk M Reza Hassan yang mewakili Datuk Amy Search memaklumkan bahawa penyanyi itu sudah menghantar notis tuntutan (LOD) kepada Shila Amzah ekoran dengan kontroversi yang tular pada bulan lalu.
Bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa peguam yang mewakili Shila Amzah meminta waktu untuk tindakan lanjut.
Artikel berkaitan : Dakwa Hidup Ubai Ditanggung Shila Amzah, Wanita Tampil Mohon Maaf
Artikel berkaitan : Amy Search Buat Laporan Polis Terhadap Shila Amzah
“Kita baru hantar LOD, tapi mereka minta waktu untuk mendapatkan arahan lanjut daripada Shila.”
Namun, M Reza memaklumkan kepada mStar Online bahawa beliau tidak dapat berkongsi dengan terperinci tentang tuntutan yang dibuat terhadap penyanyi tersebut.
Sebagai rujukan, pada 10 Julai lalu, Shila Amzah telah membuat laporan polis mendakwa dirinya telah diserang oleh seorang penyanyi legenda sebelum mendedahkan identiti penyanyi tersebut iaitu bapa kepada pelakon Nabila Huda.
Pihak polis telah mengambil keterangan daripada kedua-dua belah pihak. Hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut berpunca daripada rasa tidak puas hati Amy terhadap Shila yang didakwa mencampuri urusan keluarganya.
Namun begitu, pada 16 Julai lalu, Amy Search pula tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan ia disahkan oleh M Reza.
Sumber : mStar Online