Sedang dunia sibuk berusaha mengekang wabak Covid-19, tak sangka ada pihak ambil kesempatan untuk berbuat jahat.
Rasanya ramai yang boleh meneka pihak mana yang sentiasa cuba ambik kesempatan, tak kisah dalam keadaan apa sekalipun.
“Israel serang klinik ujian saringan Covid-19 dan tahan petugas perubatan serta aktivis…”
Kejam dan tak berperikemanusiaan!
Rejim zionis Israel bertindak menyerbu sebuah klinik yang melakukan saringan Covid-19 di daerah Silwan, Baitulmaqdis Timur dan menahan mereka yang terlibat.
Alasanya, hanya sebab klinik itu dikendalikan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Palestin.
https://www.facebook.com/MyAqsaFoundation/posts/563378687624565
Yang menyakitkan hati, mereka melarang apa juga aktiviti dilakukan Pihak Berkuasa Palestin di Baitulmaqdis kerana mereka yang ‘berkuasa’ menyaring kesemua penduduk di kawasan tersebut, termasuk rakyat Palestin.
Namun, mereka tidak pun melakukann ujian saringan Covid-19 ke atas penduduk Palestin.
Disebabkan itu penduduk mengambil inisiatif sendiri tubuhkan klinik saringan Covid-19.
Akhirnya klinik tersebut diserang rejim zionis Israel, manakala petugas perubatan dan aktivis ditahan.