Honor Killing bukanlah perkara asing kat negara Pakistan. Sepertimana terms dia, honor killing merujuk kepada perbuatan membunuh ahli keluarga yang mencemarkan maruah keluarga.
Menurut Harian Metro, 17 Ogos lalu, Waseem Amjad membuat laporan bahawa isterinya, Nighat Parveen, 30 telah diculik lalu polis pun menjalankan siasatan.
Susulan itu, polis mendapati lokasi terakhir mangsa ialah di rumah keluarganya sendiri. Maklumat tersebut adalah berdasarkan panggilan terakhir yang dipercayai dibuat oleh mangsa.
Media tempatan kat sana melaporkan, ahli keluarga mangsa mendakwa Nighat pergi ke Islamabaad bersama kawannya.
Namun, setelah polis menyoal siasat adik mangsa, Abdullah Hashim, 22, lelaki itu akhirnya mengaku yang dia telah membunuh Nighat semasa mangsa pulang ke rumah ibu bapanya itu.
Tembak mati sebab berang kakaknya berkahwin untuk kali keenam”
Dia mengurung wanita itu di sebuah bilik sebelum menembak mati mangsa”
Suspek mendakwa kakaknya telah mencemarkan maruah keluarga mereka kerana menjadi bualan hangat penduduk kampung sebab perkahwinannya yang selalu tak bertahan lama.
Nasib baik tradisi ni takda kat Malaysia!