Kalau korang memang minat dunia akuatik atau sekadar nak tengok sendiri keunikan hidupan air dari dekat, ini antara acara yang memang patut masuk dalam kalender hujung tahun. Dari pameran berskala besar hinggalah ke koleksi akuatik yang jarang ditemui, semuanya dihimpunkan dalam satu tempat khas untuk peminat dan orang awam.
Ekspo Akuatik Malaysia 2025 bakal kembali Disember ini, menghimpunkan pelbagai pameran dan pengalaman dunia akuatik dalam satu acara berskala besar. Ekspo ini akan berlangsung pada 26 hingga 28 Disember 2025 di Pavilion Exhibition Centre Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Ekspo Akuatik Malaysia 2025 ini menyatukan dunia KOI, Arowana, ikan emas, aquascaping dan ikan eksotik di bawah satu bumbung. Sama ada korang peminat haiwan akuatik, pakar dalam bidang akuatik atau sekadar nak rasa pengalaman dunia akuatik yang unik, ekspo ini memang wajib dikunjungi!
Bukan sekadar tempat pameran haiwan akuatik, ekspo ini juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk korang. Antaranya:
1. Pameran haiwan akuatik, haiwan kecil & inspirasi aquascaping
Ekspo ni sesuai sangat untuk korang yang tengah mencari aktiviti apa nak buat hujung minggu nanti. Bukan sekadar pameran haiwan yang akan disediakan, haiwan kecil dan inspirasi aquascaping pun ada untuk korang tengok!
- Ikan dan haiwan akuatik memukau
Pelbagai jenis ikan yang akan dipamerkan termasuklah arowana, koi, ikan emas hingga betta yang memikat. Lengkap dengan display akuarium yang memukau dan direka penuh seni.



- Haiwan kecil, sesi belai arnab, reptilia & haiwan eksotik
Untuk keluarga yang bawa anak kecil tu, korang boleh bagi anak-anak rasai keterujaan di zon haiwan. Ada sesi belai arnab serta pameran khas menampilkan reptilia dan pelbagai haiwan eksotik lain.

- Inspirasi aquascaping
Korang peminat akuarium? Terokai aquascaping, seni kreatif yang menggabungkan tumbuhan akuatik, batu dan kayu hanyut menjadi masterpiece bawah air.


2. Lebih 100+ produk & teknologi inovatif
Ekspo Akuatik Malaysia 2025 juga mengumpulkan lebih 100+ inovasi akuatik. Destinasi utama untuk produk, teknologi dan kelengkapan akuatik terkini.

Terokai teknologi akuatik terkini, daripada sistem penapisan pintar, pencahayaan akuarium berprestasi tinggi, peralatan ujian kualiti air hinggalah alatan penting yang menjadikan penjagaan akuarium lebih mudah dan efisien.


Jangan lepaskan promosi eksklusif! Dapatkan makanan premium, akuarium bergaya, dekorasi menarik serta pelbagai aksesori pada harga istimewa.


3. Destinasi untuk peminat hobi akuatik
Minat yang sama, satu destinasi! Ekspo Akuatik Malaysia 2025 menghimpunkan penggemar akuatik, pakar industri dan profesional terbaik melalui pertandingan berprestij, bengkel eksklusif dan jaringan komuniti.

Bersedia untuk terpukau apabila aquarist dan pencinta ikan terhebat mempamerkan koleksi ikan kesayangan serta landskap bawah air mereka bagi bersaing untuk merebut gelaran juara dalam pertandingan berprestij seperti:
-
JPD Asia Goldfish Cup 2025
-
2nd MAFC Arowana Championship
-
2nd ASEAN Junior KOI Show
-
Central Mini Betta Competition
-
Malaysia Aquascaping Championship 2025
-
Malaysia Clownfish Competition
-
Malaysia Marine Scaping Competition



Jadi apa tunggu lagi korang! tandakan kalender korang untuk ke Ekspo Akuatik Malaysia 2025 dan jangan lupa bawa keluarga dan kawan sekali.
📍 Pavilion Exhibition Centre Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
📅 26 hingga 28 Disember 2025
🕙 11:00 pagi – 9:00 malam

