in

“Dari hobi, kini sah certified Chef” – Jofliam Dapat Top 4 Dalam Pertandingan Piza Di Itali

Jofliam Top 4 Piza Itali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pempengaruh dan usahawan, Jofliam membuktikan bahawa dirinya bukan lagi sekadar hanya suka-suka memasak piza di rumah tetapi sah sebagai seorang Cef Piza bertauliah apabila berjaya mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan memasak piza di Tutto Pizza Expo, Itali.

Kejayaannya itu dikongsikan oleh isterinya, Cik Epal menerusi media sosial. Difahamkan, pertandingan itu disertai oleh 50 pasukan dari seluruh Itali, AS dan satu pasukan mewakili Malaysia iaitu Jofliam Pizza Wagyu 150.


@cikepal06

Sangat susah Italian 🇮🇹 nak bawa bendera negara lain, tapi Salva sanggup demi Jofliam . Tq Salva🤗. 50 team dari seluruh Italy termasuk USA dan 1 team mewakili Malaysia🇲🇾. Dari hobi suka-suka masa PKP, kini Jofliam sah certified Chef Pizza @ certified Pizzaiolo🍕. Masin mulut Han eh. Bila teacher dia tanya ayah dia kerja apa? Han cakap papa Chef 😂. Ikut markah, team Jofliam dapat top 4 dalam 50 team yang bertanding. Aku still bangga je Jofliam bawak nama Malaysia 🇲🇾 dalam competition pizza ni. Pembuat pizza yang famous dekat Italy 🇮🇹 pon kenal Jofliam pizza wagyu from Malaysia. Fantastic bak kata Yuki👌🏻! Jangan give up! Fly high my husband Jofliam 😘. Awak tetap champion di hati saya🥰. Haderrrrr🤣. #jofliam #cikepal #cikepal06 #han #yuki #hanyuki #makajibycikepal #makajicikepal #makaji #jofliamcikepal #jofliamcikepal06 #jofliampizzawagyu #jofliamwagyupizza #jofliampizza

♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

Ujarnya, sangat susah pembuat piza yang terkenal di Itali nak kenal orang dari negara luar. Tetapi, mereka dapat kenal Jofliam dari Malaysia menerusi piza wagyu resipinya.

Semua kos tanggung sendiri

Menurut Jofliam, dia menyatakan bahawa dia sendiri yang mahu menyertai pertandingan tersebut serta sanggup menanggung segala kos semasa berada di sana.

“Saya merelakan diri, tiada siapa paksa. Kos semua dibiaya saya sendiri sejak mula sebab saya yang rela. Sangat susah untuk orang Itali nak mewakili bendera negara lain selain Itali sebab orang Itali tersangatlah bangga dengan Itali,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jofliam? (@jofliam)

Jofliam juga sempat memetik nama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan dirinya berbesar hati jika kerajaan Malaysia sudi membawa Salva dan pasukannya untuk ke Malaysia dan mengenali budaya negara ini dengan lebih mendalam.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna media sosial berbangga dengan pencapaiannya serta mengucapkan tahniah atas kejayaan yang diperoleh.

Sekadar info, piza wagyu Jofliam dijual pada harga RM150 sekotak. Walaupun dilabel harga kayangan, ramai juga mahu mencuba piza itu dan rata-rata pembelinya mengakui ia berbaloi dan sedap.

Baca: “Saya rasa saya dipergunakan” – Jofliam Respon Isu Hangat Jual Pizza Harga RM150
Ft Jofliam Jason

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.