in

“Dari dalam perot saya jaga, lepas tu mudah je nak ambik….” – Aliff Syukri Kecewa Ibu Kandung Tuntut Qayyum Semula

Alif 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai ibu bapa, siapa yang tak sayang anak walaupun bukan dari darah daging sendiri.

Namun baru-baru ini apa yang berlaku kepada penyanyi lagu ‘Abang Nak Tegur’ mengejutkan ramai pihak, malah ada yang menganggap tindakan tersebut adalah tidak wajar.


Jutawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri kecewa apabila ibu kandung kepada anak angkatnya, Qayyum meminta semula anaknya itu selepas sebuah video pembantu rumahnya menunjal kepala kanak-kanak tersebut viral di media sosial.

Menerusi entri di Instagram, DS Aliff nyata kesal dengan tindakan yang dilakukan wanita tersebut kerana seolah-olah mengambil kesempatan selepas dia bersusah payah membesarkan Qayyum dengan penuh kasih sayang dan memastikan yang terbaik untuk kanak-kanak itu….ishhh macam mana tu?

Memang macam ini ek ambil anak angkat? Time teruk menangis macam ini tak nak pulak ibu kandung dok nak ambik? Ini dah sehat sihat nak ambik. Kalau tau macam ni tak payah ambik lagi bagus jaga je bebaik dalam perut tu tak payah gatal kasi orang.”

 

https://www.instagram.com/p/BrFxK0zgw4C/

DS Alif berkata niat hati beliau dan isterinya adalah untuk tidak memutuskan hubungan dengan keluarga Yom (panggilan manja untuk Qayyum) namun yang terjadi adalah sebaliknya…

“Orang tak faham apa yang kami rasa bila perasaan sayang dah ada sebab jaga dari dalam perut lagi (mak Yom mengandung 7 bulan kami dah jaga) dan dari lahir kami jaga dan yang pelik lahir je Yom kena sawan nangis dan selalu nangis tak berhenti dan ada masalah pernafasan dan mata.”

“Yom dari kecik dah sakit….”

 

Alif 3
Sumber : instagram

Rupa-rupanya, DS Aliff kongsikan yang Yom dari kecil memang ada masalah kesihatan sehingga beliau dan isteri terpaksa membelanjakan wang yang banyak bagi menanggung kos perubatan dan penjagaan Yom sejak kecil lagi..teruk juga Yom kecik-kecik yer.

“Lebih dari RM5,000 kos rawatan kat hospital swasta, malah maid khas saya bayar gaji untuk jaga baby ni sahaja. Susu pun tak minum yang biasa ok. Minum susu soya, malah maid saya sampai tak tidur malam. Semua orang jaga dia dengan sakit mata hampir 5 bulan baru hilang”

“Suntikan bulanan, sakit demam, kami sekeluarga jaga.”

“Kalau tau nak ambik tak payah kasi dari awal…!”

 

https://www.instagram.com/p/BrIXfgLg3zQ/

DS Aliff terkejut sewaktu mendapat mesej daripada ibu kandung Qayyum yang menyatakan hasrat untuk mengambil balik Qayyum atas alasan sudah mampu menjaga kanak-kanak tersebut..pulak dah, habis tu macam mana nie?

“Kalau tau nak ambik tak payah kasi dari awal atau ambik masa tengah parah menagis dan mata macam ni.”

“Sekarang dah sehat dan kurang nangis boleh berjalan nak ambik? Kalau korang jadi saya apa patut saya buat?,”

Entri tersebut mendapat lebih 40 ribu likes dan lebih 3 ribu komen.

Rata-rata netizen berharap agar Aliff dapat berbincang dengan keluarga Qayyum dan menyelesaikan perkara ini dengan baik.

Komen 1

“apa title kau jadi seorang mak..!”

 

Komen 3

Komen 2
Sumber : instagram

Admin doakan agar perkara ni diselesaikan secara aman, takmo la gaduh-gaduh kan, harap boleh settle cepat-cepat la.

Baca : Bermula RM40K keatas, bawah tak layan; Stress Dikecam, Aliff Syukri Nak Jual IG Anak

Alifsyukriiiiii

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.