“Bermula RM40K keatas..Bawah tak layan” – Stress Dikecam, Aliff Syukri Nak Jual IG Anak

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau dah jadi public figure ini, tak peliklah segala tindak tanduk kita akan diperhatikan. Salah sikit mesti dikecam, impaknya orang terdekat terutamanya ahli keluarga turut terkena tempiasnya.

Seringkali memaparkan segala aktiviti bersama keluarga sehingga mereka di kenali di media sosial, pengasas kosmetik D’Herbs Dato’ Aliff Syukri dah tak tahan kecaman yang dilempar ke atas dirinya memberi kesan kepada anak-anak mereka juga.

Disebabkan itu, dia membuat keputusan untuk menjual laman Intsgaram yang dibangunkan khas buat anak-anak nya bernilai RM 40K keatas! Ada yang nak beli tak?

 

“RM 40k keatas..Bawah tak layan..Kalau ada orang offer lagi tinggi saya jual”

Sumber : Instagram

“saya stress ..

disebabkan teralu banyk makcik dan pakcik bawang di page @babyterlajaklaris saya terpaksa jual page ni dengan nilai bermula Rm40k keatas.. bawah tak layan.. sebab nilai inprosion berjuta dan page asli bukan beli followers dan memang dah pernah ada orang offer saya nak beli page @babyterlajaklarisni tapi saya tak nak jual sebab kesian nak buat kenangan untuk mereka besar…tapi kali ni saya pasrah sebab kelakuan mereka yang menhencap saya..jadi kalau kalau ada orang offer lagi tinggi itu yang saya jual.. sebab page @babyterlajaklaris terus mencetuskan masalah bukan kebaikan.. niat kami sebab nak kasi mak ayah yom aminah ni tengok anak mereka dari jauh.. tapi mencetuskan perbalahan dan pergaduhan..”

Terkilan dengan sikap netizen, Dato’ Aliff terpaksa let go laman Instagram anak yang sepatutnya di buat sebagai kenangan. Tapi niat terbantut apabila laman tersebut kepincangan oleh netizen.

Bagaimanapun, Dato’ Aliff ada juga menjelaskan bahawa jika dia masih mendapat sokongan netizen, dia mungkin akan terus gunakan laman ini dan batalkan hasrat untuk menjual page tersebut.

 

Kalau ramai yang komen di bawah “jangan jual” mungkin saya cancel jual.

“Nak murah boleh beli page fack (fake) akaun orang luar negara yang tak wujud.. siapa cpt bank in dan paling tinggi dia dapat okeyy..soo siapa serius nak beli boleh wussp 0123743261 panggilan tak jawab yee sebab saya manager dato sri @aliffsyukriterlajaklaris superd bzzz (orang bisnes tahu nilai akaun ni tak percaya slide page sebelum ni..view tak boleh beli like boleh beli) kalau ramai yang komen di bawah “jangan jual” mungkin saya cancel jual.. kottt”

Ternyata masih ada rakyat Malaysia yang prihatin dan memberi sokongan moral kepada Dato’ Aliff Syukri ni. Mereka semuanya minta dia untuk tidak menjual IG tersebut dan sarankan untuk menutup ruangan komen.

 

“Jangan jual..Off comment”

Tapi, netizen oh netizen masih ada segelintir daripada mereka galakkan dia jual. Siap berikan pendapat sekali. Nakal betul korang ni eh!

 

“Takpe jual je”

Bahkan, ada juga yang mempertikai harga yang di tetapkan oleh Dato’ Aliff Syukri. Jumlah yang begitu mahal sekali. Bagaimanapun, rata-rata memberi sokongan kepadanya agar tidak menjual page tersebut. Hmmm, apa pun kita tengok je lah apa keputusan Dato’ Aliff nak jual ke tak.

 

Baca : “Nak kata suara I tak sedap, vokal I dah tahap tinggi…” – Aliff Syukri Tak Boleh Terima Lagu Baru Banyak ‘Dislike’

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?