in

“Darah terkumpul di bawah permukaan kulit” – Doktor Dedahkan 6 Risiko Kalau Kerap Pakai ‘Korset Kerengga’

D8Xy41Xvuaaubpc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan memakai korset memang mampu membuatkan kita boleh nampak ramping dengan pintas kerana tidak perlu melakukan sebarang senaman dan boleh mengasilkan susuk tubuh menawan jika ingin tampil menawan untuk sesuatu masa.


Tapi risiko mencengkam tulang dan organ dalaman secara paksa ni memang bahaya, buktinya pengasas produk bengkung ni pun dah kena warded, menurut orang ramai sebab dia pakai bengkung tu.

Ia makin disokong bila doktor Aush Abdul jelas risiko yang pengguna boleh kena. Mungkin boleh hidap dalam satu masa tau!

 

Baru-baru ni aku ada perasan tweet pengasas bengkung masuk hospital dan org cakap sebab pemakaian bengkung/corset. Nak tahu betapa bahaya pemakaian corset/bengkung kerengga keatas badan korang?”

 

1. Radang kulit

Bayangkan, ikat corset ketat-ketat lepastu seharian pakai corset dalam jangka masa lama, dengan material yang belum tentu selesa dengan kulit yang boleh membuatkan gatal-gatal. Silap haribulan jangkitan pada kulit pun boleh kena.

 

2. Acid Reflux

Pemakaian corset menyebabkan anda menekan bahagian pertengahan badan yang boleh menyebabkan perut anda ke atas dan peluang untuk anda mengalami pedih ulu hati dan tidak penghadaman adalah tinggi. Bayangkan lama2 nanti boleh kena ulser.

 

3. Pernafasan

Bila pakai corset, nak bernafas pun payah. Bayangkan diaphragm (anak panah hijau) susah nak mengembang. Jadinya kurang oksigen masuk dalam badan korang.

 

4 . Lebam

D8Xy6Efueaa0Onb 1

Lebam (bruises) boleh jadi disebabkan oleh trauma. Saluran darah yang halus2 (capillaries) pecah menyebabkan darah terkumpul di bawah permukaan kulit. Trauma ni macam-macam.. dalam kes ni, kalau pakai corset ketat2 maka chances berlakunya contusion adalah tinggi.

 

5. Kebas (Numbness)

Bila tekanan berlaku, bukan sahaja peredaraan darah terganggu, malah saraf juga boleh terganggu. Korang akan rasa macam tercucuk-cucuk atau kebas dekat kawasan dari pinggang ke kaki (lower limb).

 

6. Psychology

Of course kalau korang dah biasa pakai corset, secara luaran korang akan nampak cantik. Tapi korang akan rasa stress bila dah bukak bengkung segala benda, dan tak boleh nak terima keadaan asal badan korang. Lepastu mula lah depression dan telan 16 biji pil kurus.

Daripada satu sakit akan merebak, bukan bagi impak dekat fizikal je, mental pun sama. Jadi, tak perlulah rosakkan badan kita dengan perkara begini.

Lebih elok dengan senaman je, bukan sahaja boleh kurus, malah menyihat kan badan lagi.Kalau buat jalan pintas ni lagi cepat kurus, lagi cepat lah badan tu rosak.

 

Baca : Dah Kenapa Bagi Baby Pakai Korset?

Babypakaikorset

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.