in

“Dapat rasa anak tahan sakit sebelum hembus nafas terakhir” – Pengetua Terlupa Anak Dalam Kereta, Ibu Redha…

Collage 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun ditemui tak sedarkan diri di dalam kereta milik pengetua tadika selepas ditinggalkan selama empat jam.


Ketiadaan kanak-kanak malang ini hanya disedari selepas pengetua tersebut mahu menghantar semua mangsa ke rumah namun mendapati mangsa tiada di dalam kelas sebelum terus menuju ke arah kereta yang diparkir di tepi jalan dan menemui mangsa terbaring tak sedarkan diri.

Screenshot 2021 03 17 At 2.31.21 Pm

“Dapat rasa anak tahan sakit sebelum hembus nafas terakhir”

Ketika ditemui media di Jabatan Forensik, ibu kepada kanak-kanak tersebut, Nor Azira Abdul Halim mengatakan dia yang sedang bertugas di bangunan Komtar Pulau Pinang sebelum menerima panggilan pada jam 12.25 tengahari memberitahu tentang keadaan anaknya, lapor Harian Metro.

Ketika kejadian, saya sedang bertugas di bangunan Komtar di Pulau Pinang dan bergegas pulang sebaik menerima panggilan pada jam 12.25 tengah hari.

“Mulanya saya ingat anak saya kemalangan sebab tadika itu terletak berhampiran jalan tapi guru yang menghubungi saya menangis dan memberitahu anak saya tak sedarkan diri.”

Selepas mendapat panggilan tersebut, ibu ini terus bergegas pulang ke Sungai Petani tanpa mengetahui punca sebenar yang menyebabkan anaknya itu tak sedarkan diri dan sempat menghubungi suami yang bertugas di kem Sungai Petani dengan harapan suaminya akan cepat sampai untuk melihat keadaan anaknya itu.

Screenshot 2021 03 17 At 2.29.36 Pm

Sepanjang perjalanan pulang, saya tak henti berdoa supaya anak selamat dan mungkin hanya mengalami kecederaan.

“Namun, suami menghubungi saya dan meminta saya terus ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani untuk melihat keadaan anak kami.”

Tambahnya, dia redha dengan pemergian anaknya, Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi kerana mungkin pengetua tersebut tak sedar anaknya yang berada di tempat duduk belakang.

Screenshot 2021 03 17 At 2.33.54 Pm

Naluri saya sebagai ibu dapat rasakan anak saya, Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi menahan sakit sebelum dia menghembuskan nafasnya kerana saya nampak bibirnya gelap.

“Namun, saya reda dengan pemergiannya kerana Allah hanya pinjamkan arwah untuk kami buat seketika.

“Cuma saya tak tau anak saya meninggal waktu bila sebab dia berada dalam kereta itu sejak 8 pagi sebelum disedari jam 12.15 tengah hari.”

Nur Azira mengatakan, setiap hari dia sendiri yang akan menghantar anaknya ke tadika namun disebabkan dia perlu bekerja di Pulau Pinang setiap hari Selasa dan Rabu, dia telah meminta pengetua tersebut untuk mengambil anaknya di rumah.

Katanya lagi, Harraz Aryan merupakan anak yang aktif ketika di rumah namun banyak diam di sekolah kerana mungkin takut dengan cikgu.

Jenazah anaknya ini telah pun dibawa dari Hospital Sultanah Bahiyah ke rumahnya di Sungai Petani dengan van jenazah dan dijangkan akan dikebumikan hari ini.

Allahu, takziah kepada keluarga adik Harraz, moga terus kuat…

 

Baca: “Terlupa ada dkt seat belakang” – Kanak-Kanak 3 Tahun Maut, Pengetua Tadika Tertinggal Dalam Kereta & Hanya Sedar 5 Jam Kemudian

Ft 1

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro
Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.