in

“Dalam radio tak sebut nama pun” – MP Kuala Kangsar Dikecam Dedah Identiti ‘Ibu Dalam Kesusahan’

Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang individu telah membuat panggilan ke Suria FM dan kongsikan kisah sedih tentang kesusahan seorang ibu dan anak-anaknya di Kuala Kangsar yang tak makan selama dua hari dan berada dalam keadaan lemah.


Panggilan yang turut dimuat naik oleh Suria FM ke media sosial ini telah mendapat sambutan dari netizen yang rata-ratanya menyatakan keinginan untuk membantu keluarga itu namun Suria FM enggan mendedahkan identiti ibu tersebut dan memberitahu orang ramai keluarga itu telah pun mendapat pertolongan.

Namun semalam, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Yazid telah memuat naik satu video di Twitter rasminya memberitahu orang ramai yang beliau telah pun berjumpa dengan wanita tersebut.

Dalam video yang dimuat naik itu, wanita yang dikenali sebagai Kak Wati ini mengatakan ceritanya di radio tersebut hanyalah palsu.

Apa yang diviralkan semua tak betul. Apa yang diperkatakan dalam video itu tak betul. Anak-anak akak terbaring bukan sebab tak makan tapi sebab buat pdpr.”

Pun begitu, video yang dimuat naik oleh Datin Mastura ini telah mendapat kecaman ramai kerana rata-rata netizen tak bersetuju dengan tindakan Ahli Parlimen ini mendedah ibu tersebut.

Screenshot 2021 07 05 At 1.07.34 Pm Down

 

Baca: “Anaknya dah terbaring, tak makan 2 hari” – Pemanggil Suria FM Kongsi Kisah Sedih Beri Bantuan di Kuala Kangsar

Screenshot 2021 07 05 At 1.34.32 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.