in

“Dalam hati mesti dah degup laju”- [Video] Aksi Pakcik Berkopiah VS Abam Polis Di Traffic Light Buat Netizen Terhibur

Fi Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai antara korang, yang pernah naik motosikal tapi tak pakai topi keledar kan? Tapi pernah ke korang naik motor dengan tak pakai helmet lepastu terserempak dengan polis dekat lampu isyarat?


Lebih kurang dengan kisah kali ini, apabila seorang pakcik terserempak dengan anggota polis trafik di sebuah lampu isyarat.

Meh kita tengok.. 

 

Terserempak polis trafik, pakcik kopiah masih steady

Baru-baru ini viral di aplikasi TikTok menunjukkan seorang pakcik berkopiah terserempak dengan polis trafik di sebuah lampu isyarat.

Namun apa yang menarik perhatian, gelagat pakcik tersebut hanya terdiam kaku apabila perasan ada polis di sebelahnya walhal polis tersebut dah banyak kali toleh ke arahnya. Tambahan pula dia tidak memakai topi keledar ketika itu. Mungkin pakcik tu dah baca-baca biar polis tu tak nampak.

Perkongsian oleh @zahar_0808 di akaun TikToknya sehingga kini telah meraih hampir 2 juta tontonan.

@zahar_0808

nasib baik pakcik pakai mask?#fypシ

♬ Ратата – Konfuz

Dapat dilihat bahawa anggota polis tersebut berulang kali menoleh ke arahnya tapi dia tetap kaku. Namun apa yang bagus, walaupun pakcik itu tak memakai topi keledar dia masih patuh SOP dengan memakai facemask.

 

“Pakcik tu baca yaasin biar polis xnampak”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pakcik tersebut dan ade yang bergurau bahawa pakcik tu siap baca surah yasin supaya dia tak nampak.

Reak Polis 1 Edit

Reak Polis 2 Edit

Reak Polis 3 Edit

Kalau korang dekat tempat pakcik tu, apa korang buat?

Sumber : TikTok

 

Baca : Cite tu, akak berkemban tau; [VIDEO] Bergenang Air Mata, Noorkhiriah Merayu TikToker Padam Scene Drama Lama

Foot Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.