in

Dakwa Tidak Bertanggungjawab, Puteri Sarah Failkan Nusyuz Terhadap Syamsul Yusof

Sarah Fail Nusyuz Samsol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Puteri Sarah menfailkan permohonan nusyuz terhadap suaminya, Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini.

Puteri Sarah ‘balas balik’ permohonan Nusyuz


Peguam syarie yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, antara alasan permohonan itu dibuat adalah kerana sikap Syamsul Yusof yang tidak bertanggungjawab.

Mstar

Namun begitu, Datuk Akberdin menjelaskan bahawa butiran-butiran permohonan itu tidak boleh didedahkan secara terperinci.

“Kita sudah memfailkan tuntutan pembelaan nusyuz yang difailkan Syamsul dan pada masa sama Puteri Sarah turut memfailkan tuntutan balas iaitu tuntutan nusyuz terhadap suaminya itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, peguam syarie yang mewakili Syamsul Yusof, Azmi Mohd Rais mengesahkan permohonan yang dibuat Puteri Sarah.

Menurutnya, memadangkan dokumen yang difailkan baru diperoleh, pihaknya akan meneliti sebelum memfailkan pembelaan terhadap perkara itu. Mahkamah kemudiannya telah menetapkan 14 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Pada prosiding ini, pasangan kontroversi, Syamsul dan Puteri Sarah tidak hadir hanya diwakili peguam syarie masing-masing.

Baca : Syamsul Yusof Failkan Nusyuz, Dakwa Puteri Sarah Masih Contact Ex-BF

Sol Sarah

Sumber: Mstar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.