in

Dakwa Tak Pernah Tidur Selama 40 Tahun, Rupanya Cara Wanita Ini Lelapkan Mata Lain Daripada Biasa

F1 Slp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang pernah mengalami masalah insomnia je yang tahu betapa sukarnya nak lelapkan mata pada waktu malam. Masalah seumpama ini tak boleh diambil ringan sebab kalau tak dapat tidur yang cukup, aktiviti kita pada siang hari boleh terjejas.


Buat seorang wanita di China ini pula, dia telah mendakwa dia tak pernah tidur selama 40 tahun, lapor Oddity Central. Dikenali sebagai Li Zhanying, dakwaan wanita ini telah diakui sendiri oleh suami dan orang kampung tempat mereka tinggal sebab mereka dah pernah test wanita ni di mana mereka sama-sama berjaga malam dengan Li Zhanying namun mereka tak dapat tahan mengantuk manakala wanita tu pula tetap steady.

Slp 2

Memetik laporan daripada Bastille Post, wanita yang berada di pertengahan usia 40 tahun ini mampu berjaga sepanjang hari tanpa sebarang masalah dan difahamkan dia tak pernah keletihan pun. Menurut suami wanita ini yang dikenali sebagai Liu Suoquin, isterinya itu memang tak tidur dan pada waktu malam, dia masih bertenaga dan boleh buat kerja rumah.

Pada mulanya, mereka hanya anggap wanita ni ada masalah insomnia jadi suaminya tu pernah membelikan isterinya ubat tidur namun tak berkesan, isterinya tetap tak mengantuk.

Namun, misteri wanita yang tak dapat lelapkan mata ini akhirnya terungkai apabila dia ke sebuah pusat perubatan di Beijing. Di situ, pakar perubatan mendapati dia sebenarnya tidur pada waktu malam seperti manusia normal yang lain, namun yang membezakannya ialah dia tidur dalam keadaan yang sedar.

Slp 1

Caranya melelapkan mata ini boleh dikatakan serupa dengan keadaan tidur berjalan atau sleepwalking. Keadaan unik wanita ini telah dikenal pasti oleh doktor setelah pakar perubatan terlibat mengumpul data menerusi sensor khas untuk melihat gelombang otak wanita ni selama 48 jam.

Dalam tempoh tersebut, doktor mendapati dia sebenarnya tidur namun dalam masa yang sama, dia masih boleh borak dengan suaminya. Selain itu, doktor ada jelaskan bahawa kadang-kadang bola matanya akan bergerak perlahan ketika berborak dengan suaminya dan ini menunjukkan wanita ini sedang berehat.

Dalam bahasa mudah, sesetengah organ dan saraf wanita ni tetap aktif walaupun dia tidur. Doktor yang terbabit juga menjelaskan bahawa wanita ni tak perlu tutup mata untuk tidur walaupun ada sesetengah bahagian badannya dah berehat.

Kiranya, wanita ni tidur dan berehat je macam orang lain, cuma caranya je yang berbeza. Uniknya la kan ciptaan tuhan. 

Sumber: Oddity Central, Bastille Post

Baca: Bahaya! Ini Yang Akan Terjadi Jika Anda Tidak Tidur Dalam Masa Sehari

Slp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.