in

Bahaya! Ini Yang Akan Terjadi Jika Anda Tidak Tidur Dalam Masa Sehari

Cover 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa di sini yang sering tidur lewat? Lebih parah, siapa di sini yang kadangkala tidak tidur seharian kerana bermain permainan video atau melayari media sosial sepanjang masa?



Menurut Sleep Foundation, seorang dewasa perlu tidur selama 7 sehingga 9 jam dalam masa sehari untuk mencapai waktu rehat yang cukup. Jadi, apa yang boleh terjadi jika anda tidak mendapat waktu tidur yang cukup?

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat, 1 daripada 3 orang dewasa tidur kurang dari 7 jam dalam masa sehari. Ini bermaksud, 30 peratus daripada populasi di dunia menghidapi masalah kurang tidur.

Woman Wide Awake Looking At Alarm Clock

Siapa yang selalu kurang tidur?

Kebiasaannya, individu yang mengalami masalah kurang tidur ialah pelajar, ibu bapa baharu dan pekerja yang sering sibuk bekerja. Meskipun tidur lambat dilihat seperti seronok untuk dilakukan, namun ada kesan buruknya yang anda perlu tahu.

Jika anda kerap kurang tidur, anda berkemungkinan untuk terkena dengan kesan jangka masa panjang berikut.

1. Penyakit kronik

Menurut sumber, masalah kurang tidur boleh mendatangkan penyakit kronik jika kerap berlaku. Antara penyakit yang boleh dihidapi oleh individu sering kurang tidur adalah strok, penyakit jantung, obesiti, depresi, diabetes dan kegelisahan.

Insomnia Disorder Diagnosis And Prevention Ss20 Scaled 1

2. Naik berat badan

Apabila anda tidak mempunyai rutin tidur-bangun yang normal, proses dalaman anda akan terganggu. Ini termasuk dengan pengeluaran hormon sehinggalah ke fungsi pencernaan.

Apabila badan anda memerlukan rehat, ia akan bertindak balas dengan menghasilkan terlalu banyak kortisol, sejenis hormon stres.

Shutterstock 1232272288

Peningkatan kortisol boleh menyebabkan pengumpulan lemak perut yang lebih besar, mewujudkan ‘stress belly’. Kemudian, lemak berlebihan di perut akan menyebabkan anda berisiko tinggi terkena penyakit jantung dan diabetes.

3. Kelihatan tua

Dalam satu kajian yang dilakukan, para penyelidik meminta peserta untuk melihat 20 gambar wajah dan mereka perlu menilai wajah tersebut berdasarkan keletihan dan emosi.

P 1 Dark Circles Under The Eyes 1519767176

Hasil kajian mendapati gambar subjek yang kurang tidur kelihatan sedih. Manakala gambar subjek yang cukup tidur kelihatan lebih mudah didekati dan menarik secara luaran.

4. Produktiviti harian berkurang

Tidak mendapat tidur yang cukup boleh mengganggu produktivi harian anda. Sesetengan orang kebiasannya akan mengorbankan waktu tidur jika mereka menghadapi peperiksaan besar atau ada perkara penting yang perlu dilakukan esok hari, walhal ini hanya akan membuatkan otak anda berasa penat dan melemahkan jangka masa fokus anda.

693 08127604En Masterfile

Bagaimana nak ubah habit tidur?

Antara perkara yang anda boleh lakukan untuk ubah habit tidur adalah:

1. Tidur dan berjaga pada waktu yang sama pada setiap hari.

2. Hias bilik menjadi lebih kondusif untuk tidur.

3. Bersenam selama 30 minit dalam sehari, tiga kali seminggu.

 

Kredit: Fatigue Science

BACA: Lelaki Dari India Menghidap Penyakit Misteri, Mampu Tidur 300 Hari Setahun

Cover 25

Sumber: BetterMe
Sumber: Men's Health
Sumber: Masterfile

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.